Sunday, April 18, 2010

Minat....

Aku hanya menonton sekilas iklan mengenai rancangan Mentor, penah juga melihat sesi ujibakatnya di kaca tv beberapa minggu yang lalu. Menjadi kemusykilan aku, terlalu ramai yang ingin menyertainya atas alasan ingin mengubah nasib diri dan keluarga.Tidakkkah mereka terpikir bahawa tidak semua mereka yang berjaya menempatkan diri di dalam rancangan realiti tv ini benar-benar berjaya.Adakah kerana ingin mengubah nasib keluarga dan diri maka menempatkan diri di dalam rancangan realiti ini merupakan satu-satu jalan terakhir.Apakah minat dan kecenderungan meraka ini?Atau mereka ini di dalam pencarian minat mereka lantas mencuba nasib di rancangan berbentuk realiti ini sebagai menentukan arah minat mereka?Tidak adakah cara lain?.....(aku hanya bermonolog sendiri, aku juga seperti tidak tahu minat aku, namun aku berdoa sentiasa memilih yang terbaik pada pandangan Tuhan)

Kebetulan pulang bercuti di kampung,salah seorang jiran kembali ke rahmatullah,Aku menyampaikan takziah kepada anak beliau dan semoga mereka bersabar dan diberikan kekuatan dengan dugaan yang dihadapi. Walau ada cakap-cakap yang tidak elok mengenai keluarga ini, bukan menjadi tanggungjawap aku untuk menghukum. Masih banyak yang perlu diperlajari, dakwah itu suatu proses, dan ia adalah kehidupan. Mungkin pertama sekali bermula dengan bercakap perkara-perkara positif, jika tidak sekadar diam,itu sudah cukup.Moga Allah bantu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home