Sunday, April 25, 2010

Nota Untuk Isteri

Kadang kala aku bersemangat ingin menulis kadang kala tidak.Waktu-waktu bersemangat untuk menulis adalah semasa berkerja, jika perkara di dalam minda tidak dipindahkan ke bentuk tulisan dengan cepat,dan jika tunggu pulang ke rumah maka akibatnya langsung tiada tulisan yang dapat ditulis.

Oleh kerana aku melalui isteri aku untuk menyelesaikan tempahan hotel dan sebagainya,maka aku terpaksalah meminjam kata laluan email isteri aku, dan secara tidak langsung aku dapat log in secera keseluruhan bahan di dalam email tersebut.Pada pagi ini,I can not help myself to read the previous email in her inbox 3 and 4 years ago.Rasa nak menitit pula air mata bila membacanya dan terasa diri ini sangat kerdil. Don't get me worng, she is good wife and women that i ever seen and known. Segala puji dan puja untuk Allah kerana mempertemukan aku dengannya, segala aturannya tentu ada hikmah.Aku selalu membuatnya ketawa namun bukan sedikit aku membuatnya menangis, sungguh aku bukanlah insan yang terbaik untuknya. Penuh dengan dosa-dosa lalu, seorang yang terlalu berahsia, kadang-kadang membencikan,malah kadang-kadang too demanding.

Aku bukanlah sesiapa jika dibandingkan dengan sesiapa pun, ungkapan itu aku sering ucapkan padanya,tatkala sambil bergurau atau tatkala menitiskan air mata.Aku sendiri tidak mengetahui secara jelasa apa yang aku inginkan di dalam hidup ini,cita-citaku secara jelas.Mungkin aku seperti Will Hunting...mungkin aku juga seperti Santiago.

Untuk mu sayang,
Aku bukanlah yang terbaik.Minta maaf untuk setiap air mata yang engkau telah curahkan kerana diriku ini.Mungkin dirimu tidak perasan kerap kali usai solat aku terus mengusap-ngusap tapak tanganmu itu,kerana seolah-olah ia membawa kekuatan untukku,supaya diriku ini mengetahui bahawa rahmat Allah itu luas, kasih sayang-Nya juga melimpah ruah.

Terima kasih sayang untuk setiap kasih yang engkau berikan kepadaku,yang diriku tahu semuanya kerana Pecipta kita.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home