Wednesday, April 21, 2010

PRK Hulu Selangor

Penduduk Sungai Mahu Isu Tanah Diselesaikan

Aku tidak mahu bersikap pukal dalam perkara tersebut, mungkin ianya adalah pandangan terpencil dan bersifat individu. Tetapi ia juga mungkin mewakili pendapat kita semua dalam beberapa hal secara tidak sedar.

Jika perkara ini dirungkaikan dan diberi huraian secara lebih besar maka kita dapat mengetahui bahawa masyarakat kini telah jauh mengejar material yang boleh jadi berbentuk wang,mahupun pangkat.Pangkat dan wang adalah dua perkara yang sinonim dan tidak dapat dipisahkan buat manusia yang mengimpikan dunia.

Sebagai warganegara yang mempunyai hak-haknya yang tersendiri,bukannya suatu masalah untuk membangkitkan dan mempersoalkan hak diri sendiri berupa harta dan jiwa itu,boleh,malah bangkitlah seribu masalah diri dan harta pun tetapi apabila kita tidak endah dengan perkara yang lain itulah yang menjadi masalahnya. Masyarakat Malaysia perlu melihat isu yang lebih luas lagi, isu keadilan di dalam masyarakat lokal, malah secara global.Masyarakat harus bijak, jangan kerana tanah sekangkang kera kita menjual sifat keadilan itu, dan memperbodohkan diri kita sendiri.

Aku tidaklah mahu mengatakan bahawa APCO itu ini,1Malaysia itu ini, tetapi sebagai masyarakat dan rakyat kita perlu diberi penerangan dan jawapan yang baik tentang isu ini.Sudah masanya kita tidak harus diperbodohkan oleh sesiapa.Dan yang paling malang kita digula-gulakan.

p/s: Aku sering bergurau, kematian wakil rakyat ini sebenarnya rahmat untuk penduduk setempat, setidak-tidaknya mereka meninggalkan sedikit jasa kepada rakyat yang diwakilinya.=P

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home