Monday, May 17, 2010

Seputar PRK Sibu

PRK Parlimen Sibu dimenangi oleh DAP dengan majoriti 398 yang sebelum ini dimenangi oleh BN dengan majoriti lebih 3200. Kemenangan ini mungkin dibantu dengan komposisi penduduk cina di Sibu. Trend pengundi Cina nampaknya tidak berubah,mereka terus menerus menolak BN.Jika tidak terlampau banyak janji dan wang ditabur untuk warga Felda di Hulu Selangor tempoh hari tentu BN akan kalah lagi.

Nampaknya BN tidak perlu membuat post mortem besar-besaran sangat sebab nasihat dan pandangan boleh sahaja diminta dari profesor universiti (profesor-profesor IPTA yang kaki mengampu dan naik sebab mengampu banyak) kepada BN.Maka selepas itu tentulah BN tidak susah hati sangat. Bukankah profesor-profesor ini lagaknya hanya seperti seorang penghibur.

Sebenarnya kerajaan BN masih tidak belajar,rakyat menyokong Pakatan Rakyat bukanlah kerana YB Pakatan Rakyat cekap mentadbir(dan adakalanya banyak berdrama),cuma mereka dilihat lebih baik dari segi accountability, integrity dan transparency.Jika kerajaan BN masih lagi menaburkan gula-gula kemajuan maka BN masih tidak dapat memahami kehendak rakyat.

Masyarakat lebih terbuka kini dan inginkan kerajaan yang lebih telus. Kini,bukan lagi seperti zaman dahulu kala yang mana keputusan dari kerajaan disertakan tanpa justification yang kukuh, tiada lagi jawapan " kerajaan tahu apa yang terbaik untuk rakyat". Dan sudah tibanya PAS juga bergerak ke arah ini,kerajaan PAS harus dilihat lebih telus dan lebih berintigriti, ambil tanggungjawap dan bertanggungjawap dengan segala keputusan yang dibuat. Dalam masa yang sama PAS harus mendidik rakyat supaya bersama-sama mempunyai sifat jujur,amanah dan telus. Jika terjumpa hand-phone di dalam LRT masyarkat ambil dan gunakan tanpa memulangkannya kepada pihak bertanggungjawap,jika untuk menarik pam tandas di masjid pun satu perkara yang berat,jika tender balak pun berebut-berebut.Maka PAS boleh sahaja bermimpi untuk membina masyarakat yang mungkin lebih baik dari sekarang.Massa memang mahukan perubahan dalam urus tadbir negara tetapi diri sendiri mereka belum tentu sanggup berubah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home