Sunday, July 18, 2010

Pindah Rumah

Berpindah rumah sangat meletihkan,malah usaha ke arah itu kena dibuat sebulan lebih awal dengan bermula dengan pencarian rumah,menguruskan dokumen pejabat untuk bertukar dan sebagainya.Malah ia akan menjadi lebih buruk jika pertukaran yang diarahkan di dalam notis yang singkat.Di sini diperturunkan beberapa tip untuk berpindah dan sebagainya:

a) Mencari rumah dengan meronda-ronda kawasan-kawasan perumahan adalah baik,tetapi mungkin www.mudah.my boleh membantu jika jarak pertukaran itu jauh.Jika pengiklan mengiklankan rumah untuk dijual jangan malu untuk bertanya sama ada ia boleh disewa atau tidak.
b)Pastikan bila melawat kali pertama ke rumah tersebut,tinjau sekali kawasan sekeliling, adalah amat baik jika dapat makan di kedai yang berdekatan sambil itu risik-risik tentang kawasan perumahan itu dari segi keselamatan dan sewaan rumah.

c)Periksa semua sudut rumah,dan tidak salah untuk bertanya sebarang kerosakan kerana itu adalah hak anda.Jika ada kerosakan kecil,pastikan ia dibaiki sebelum anda mendiami rumah tersebut.Jika besar,bolehlah ditolenrasikan selepas anda menduduki rumah tersebut,tetapi jangan lupa membuat follow-up.SEGALA kos adalah di bawah tanggungjawap tuan rumah.

d)Jika bersetuju,beritahu tarikh anda masuk dan pastikan rumah itu telah dicuci dahulu sebelum tarikh itu,4 hari sebelum anda masuk sangat baik untuk membuat pemeriksaan kali terakhir.
e)Jika tuan rumah agak cepat inginkan wang deposit,sediakan semasa anda mengambil kunci rumah.Tetapi kadang-kadang ada tuan rumah yang baik hati melanjutkan lagi tempoh wang deposit itu.
f)Tandatangan dokumen kontrak setelah anda berpuas hati,sila tanya kepada tuan rumah jika ada terma-terma yang sukar difahami.Kebanyakkan terma kontrak adalah sama bagi semua sewaan rumah,jadi boleh tanyakan kepada saudara mara yang penah menyewa.

g)1 tahun kontrak adalah suatu kebiasaan bagi sesuatu perjanjian.

h)Jika setelah mendiami baru terdapat kerosakan malah jika beberapa lampu tidak menyala sila maklumkan kepada tuan rumah.Jika perlu ambil gambar setiap sudut rumah sebagai rujukan semasa ada keluar dari rumah terbabit.
i)Sebagai penganut Islam,bacalah ayat-ayat Al-Quran pada pada malam(atau siang) awal-awal hari anda menduduki rumah tersebut.Dan berdoalah anda istiqamah dengan bacaan Al-Quran itu ;P.

j)Berjumpalah dan berkenalanlah dengan ahli rukun tetangga atau persatuan penduduk,maklumkan maklumat anda dan sebagainya.

Mungkin jika notis pertukaran tempat kerja diberi agak singkat,maka beberapa tip di atas boleh difleksibelkan.Semoga Allah permudahkan,InsyaAllah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home