Sunday, August 22, 2010

Bazar Ramadhon 1431

Perkara yang paling aku malas lakukan di bulan ramadhan ini adalah pergi ke bazar ramadhan. Aku tidak maksudkan ke semua bazar tetapi hampir semua sekali.Aku amat pelik mengapa di bulan ramadhan ini manusia-manusia tiba-tiba ramai di pasar yang dibuka setahun sekali itu, dilihat beg-beg plastik dijinjing dengan rakusnya,jika tidak muat tangan di suruh anak-anak kecil membantu menjinjing plastik yang berisi nagget,hot dog atau pun cucur kucai yang warnanya hampir kehitaman.Sudah pasti dengan ruang antara gerai-gerai yang memang sempat,manusia-manusia amat susah bergerak, kadang-kadang kasihan aku melihat anak kecil yang di bawa ke bazar ramadhan ini.Sudahlah keadaannya yang sempit ditambahkan pula dengan azap-azap yang menusuk aroma hidung tetapi apabila tidak terkawal mengazabkan.Jika diberi pilihan sudah tentu aku memilih masakan di rumah,walau ringkas tetapi menyelerakan dan jauh dari hiruk pikuk.

Kuih Muih
Hampir semua kuih muih yang dijual di sini sebenarnya memang biasa dijual di bulan-bulan yang lain.Cuma yang bezanya adalah mungkin di bulan ini peniaga yang tak reti buat kuih sebelas bulan yang lalu tiba-tiba pandai buat kuih di bulan ini.Aku agak segan untuk membeli satu kuih sahaja,biasanya orang akan membeli 3/RM1.Bukan apa aku segan peniaga tiada duit pecah 5sen. Tengah-tengah lapar di petang hari ini boleh jadi sahaja peniaga akan menarik muka masam.

Lauk Pauk
Semalam aku membeli beriani daging dan gulai kari kepala ikan. Agak sedap jika dibandingkan dengan juadah-juadah lain yang aku rasa sebelum ini.Rempah ratus untuk beriani dan gulai kari pekat ini pada aku cukup,cuma kuantiti beriani ini agak sedikit di bekas polistrin itu.Aku tidak ada tip-tip untuk membeli di bazar ramadan ini, aku akan cuba mencari kelainan dari segi makanan,jika tiada aku akan sebat sahaja mana yang depan mata.Namun setakat ini yang sangat spesial buat aku adalah beriani daging itulah.Mungkin perkataan spesial agak kurang tepat kerana ada juga grai lain yang menjual beriani,enak barangkali lebih tepat.

Air
Pelbagai-bagai jenis, tetapi aku lebih memilih air jus buah-buahan,paling-paling tidak pun air kelapa.Tapi seperti biasa, aku rasa wah...manisnya jus ini,manis yang datangnya dari gula, selalu aku akan letakkan ais dengan banyakkan untuk mencairkan gula tersebut.

Makanan sampingan
Mee goreng,murtabak,tauhu sumbat,yong taufu, biasanya aku akan memilih murtabak. Ringkas,jimat masa dan tidak perlu terkinja-kinja sangat.

Cuaca dan keadaan,
Aku lebih suka membeli juadah berbuka di bazar ramadhan ini di saat-saat akhir kerana selain kurangnya kesesakan,harga makanan itu menjadi murah.Selain itu, aku dapat meminimakan peluang untuk makanan yang tidak habis dibeli dan dijual kembali keesokan harinya.Kerana aku pergi ke bazar agak lewat sudah tentu aku menyukai cuaca yang sejuk-sejuk tiada terik matahari.



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home