Monday, January 29, 2007

29/01/2007

KiKiT
Tribute to All Blogger

Aku ini kuda medan ini,
Menjadi kikit sasaran penembak,
Beranilah aku menebarkan diri
dalam lautan api yang bernyala-nyala,
Tiada puas hatiku mati sebelum melihat
pembaharuan baru yang elok-elok.

-Tok Kenali-

Aku malas hendak mengulas isu saman-menyaman yang ditujukan kepada golongan blogger kerana yang hendak disaman itu sebenarnya dahulunya pernah bekerja juga di Press, so ibarat friends of friends of enemies. Peguam pembelanya juga penulis tamu di akhbar tersebut.Sudah keluar dari press kontemporari mencari blog meluahkan perasaan. Dapat sokongan dari Marina Mahathir pula, so apa macam tu.

Mungkin benar saranan Pak Lah, kebebasan harus disertai dengan tanggungjawap.

Namun jika anda ingin menunjukkan sokongan sila download label ini dan paste kan di blog.

"No Fear to face a reality dude n dudettes"



Photobucket - Video and Image Hosting



Photobucket - Video and Image Hosting




sekian

note shah:
Aku harus menghabiskan 2 ( + 1 buku terpaksa ditahan di kaunter)buku yang aku pinjam dari perpustakaan. Had utk meminjam hanya untuk 3 buah buku shj, oleh kerana mutakhir ini agak kelam kabut sedikit aku terlupa buku yang mana satu patut di re-new yang mana tidak. Hasilnya aku terpaksa membayar denda RM0.60. Ini membawa maksud harga otak aku skrg telah meningkat naik sbyk
RM0.60.

~Kecemerlangan sesuatu universiti ditentukan oleh perpustakaan dan koleksinya, kecemerlangan kesarjanaan dan penerbitan. Untuk Universiti di Malaysia jadi begitu, tepu dada tanya Industri.~

17 Comments:

Blogger zf_zamir said...

kalau pustakawan asyik berblog?

9:22 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

"tepuk meja,tekan loceng..."=P

6:23 PM  
Blogger Elhakim said...

sila baca feedback comment kau di
1. Blog Rastom
2. Blog aku

:)))

8:54 AM  
Blogger Elhakim said...

you wrote:
"Mungkin benar saranan Pak Lah, kebebasan harus disertai dengan tanggungjawap."

Tanggungjawab apa lagi yang dipinta oleh Paklah. Adakah bloggers tu penulis surat layang? Tak bernama?

Pada aku senang saja...

Kalau gulai itu masin. Katakan saja masin. Takkan nak kata manis pulak.

8:58 AM  
Anonymous Anonymous said...

kebebasan harus disertai dengan tanggungjawab. tanggungjawab itu dipikul dengan memdedahkan perkara yang disembunyikan dari pandangan rakyat jelata...

teringat pula ayat dari filem spiderman "with great power comes great responsibility", tapi rasa macam paklah kurang tang "responsibility" tu je.

kesimpulannya, paklah kekurangan sesuatu untuk membuatkan beliau digeruni kawan mahupun lawan.

sekadar pandangan peribadi...

10:15 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

elhakim,
tanggungjawap terbahagi kpd beberapa bab.

jika anda seorg pelayan restoren:
gulai ini sedap incik, manis rasanya.

jika anda tokey:
aku nak semua pekerja mengakui gulai ini manis

jika anda pelanggan:
apa ni, kata manis, nie masin pulak

jika anda manusia yg tak berkaitan di atas:
_____________________(tulis dialog sendiri)

hafizan,
apa2 pun aku tetap akan cium tgn PM Malaysia..wink~

6:20 PM  
Blogger Elhakim said...

aku pelanggan.

6:35 PM  
Blogger Elhakim said...

aku masih lagi beri feedback di atas jwp comment kau. jelajahi blog aku dan elrastom.

========xxxxxxxxxxxxx=============

aku heran...

mula2 kau katakan bahawa sufism menyebabkan Melayu ini Melayu.

dlam komen ke-2, kau katakan kau "asyik" dengan sufi.

Mana satu ni?

agak contradict itu.

agaknya komen ke-3 for sure kau katakan yg kau sedang dalami sufism ni dan kau banyak mengetahui mengenai sufism ni.

buat apa kau nak tahu benda2 yang kau katakan tak maju ni ek???

tak rasa buang masa ker belajar benda-benda yang melayukan ni?

untuk memperdalami ilmu sufi ini sudah tentu kau mempunyai peruntukan masa dan guru. Kerna melalui pembacaan biasa-biasa tidak mencerminkan yang kau serius dalam sufi ini. Jadi tak boleh katakan bahawa kau betul-betul faham akan tareqat dan sufi ini.

Aku tidak faham dengan istilah 'asyik' itu.

"Untuk belajar segala ilmu dalam islam ini sudah semestinya ada guru yang ariff. Belajar sendirian bermakna berguru dengan syaitan."

Maaf. Aku pegang yang itu.

8:57 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

aku dah jawap komen mengenai sufism di dlm blog pak rostam..kau salah paham maksud aku.

aku xmengatakan sufism itu sesat. tetapi gol sufism (yg membawa islam ke nusantara) telah gagal membawa gagasan intelektual bangsa arab ketika itu.

****************

aku belajar secara talaqi ilmu2 berkaitan agama. telah aku muat turunkan kitab2 yg menjadi rujukan aku bukan. belajar dr internet bukanlah salah satu manhaj aku.

aku belajar bab fekah dgn pak Dolah dgn byknya melalui sistem pondok.mempelajari bab tasawuf drpd anak murid syeikh fahmi zamzam secara talaqi.

cuma aku kurang sedikit bab kitab kuning.

aku pernah cuba hendak mendalami tarekat nasybandi secara mendalam di kuala kangsar, tetapi malas kerana syeikhul mursyidnya aku tgk lain macam.

belajar bab mantik(falsafah) separuh jln kerana aku memilih aliran sains.

p/s: utk pengetahuan kau belajar buku bermakna belajar dr syaitan itu bukanlah nas2 yg boleh kita pegang.cuma ia kata2 ulama' yg byk dipermulaan mukadimah sesuatu kitab

sekian.

9:21 PM  
Blogger Elhakim said...

I read.

so, Tareqat yang dipegang oleh orang melayu ini tareqat yang betul atau tareqat songsang? Adakah ia sempurna sejajar dengan apa yang diturunkan oleh ulama'2 sufi pada zaman kegemilangan empayar islam itu dahulu. atau diubah-diseleweng sedikit?

JIKA tareqat yg dipegang oleh Melayu ini betul, Beri aku dalil2 Nas daN GOL pd tareqat itu yang membantah manusia ke arah kemajuan sains dan teknologi.

Maksud aku, apa gol tareqat sufi tersebut yang menyebabkan Melayu mundur.

Jika Tareqat yang dipegang adalah salah stop it. I rest my case.


(yg sebenarnya aku tidak berapa berminat utk mengetahui persoalan tareqat sama ada betul atau salah. It is not the point. )

====peringatan=======SILA BACA BAWAH

yang menjadi masalahnya mengapa characteristics/mentalitiy bangsa Melayu pada zaman dahulu hingga sekarang menerima-pakai tareqat ini tidak kira sama ada tareqat ini lurus atau menyongsang. Sedangkan mereka sudah tahu baik tareqat yang lurus mahupun yang menyongsang TIDAK MENJURUS untuk ke arah kemajuan ummah Melayu sejagat.

Kalau mereka masih tidak tahu sama ada tareqat yang mereka pegang itu sama ada betul atau salah.

Aku tidak tahu jenis manusia apakah yang serba-serbi tak tau.

Kau amat alergic dengan perkataan dangkal, dungu atau bodoh. Aku faham itu.

OK. sebab itu aku tukarkan perkataan bodoh itu tadi kepada pandai.

Ayat aku bertukar jadi begini.

"Sebab terlalu pandailah maka orang Melayu tidak tahu serba-serbi tentang kesahihan tareqat yang mereka pegang selama ini. Sama ada tareqat itu lurus atau menyongsang. Maka sebab itu mereka tidak mengubah pendirian mereka selama 700 tahun."

sekian terima kash.

10:33 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

ya sheikh...

aku xkatakan bahawa tareqat ini salah tareqat itu betul....


main point aku skrg:
golongan yg membawa islam ke nusantara telah membawa ajaran sufi(yg benar) tetapi telah terlupa mmbawa gagasan intelektual(ibnu sina,khaldun and etc)

sekian...

12:23 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

satu lagi...

aku biasanya tidak suka berbicara begini.

pesan Al-Ghazali dlm kitabnya bidayatul hidayah supaya dikurangkan berdebat.

kita boleh shj berdebat,tetapi perkara yg berkaitan dgn hati amat sukar utk dijaga.

harap jgn tanya aku lagi.

12:41 AM  
Blogger Elhakim said...

aku faham.
aku puas.

yg aku tahu engkau memang "begini".

12:57 AM  
Anonymous Anonymous said...

Soal blogger dan saman
Memang yang kena saman itu serpihan dari NSTP juga. Pak Lah pula sambil suruh orang bertanggungjawab kelihatan memihak kepada salah satu pihak yang bertelagah. Dia seorang Eksekutif Tertinggi negara, mana bisa nyebelahi pihak yang bertikai, mesti ambil jalan tengah.

Soal "bertanggungjawab" yang Pak Lah seru itu, semua orang, termasuk saya setuju sangat. Tetapi bilamana akhbar arus perdana seperti NST tidak melaksanakan tanggungajawabnya, semua diam, termasuk Pak Lah.

Saya ikuti juga blog blog yang kena saman itu. Secara amnya berani saya katakan mereka bertanggungjawab. Kerana walaupun apa yang mereka tulis itu kontroversial, semua orang tahu siapa mereka dan dalam undang undang fitnah "libel and slander" ada beberapa hujah yang mengecualikan sesuatu kenyataan itu walaupun nampak menghentam. Cuba rujuk bab "fair comment".

Masalah yang memundurkan Malaysia ialah bila wujud situasi pantang ditegur. Bak kata pepatah, "My Master, right or wrong". Kalau tokey aku cakap semuanya betul.

Zaman Hitler ada kata kata "Deutsch ueber Alles" - Orang Jerman mengatasi segala galanya (betul atau tidak, mereka tetap benar).

Kesimpulannya, kita melihat suara rakyat atau vox populi mendapat nafas baru dengan kewujudan teknologi internet/blog yang semakin hari memudarkan keyakinan terhadap retorik dan propaganda akhbar arus perdana.

9:58 PM  
Blogger Elhakim said...

This comment has been removed by a blog administrator.

8:07 AM  
Blogger Elhakim said...

....dan itulah yang ditakuti olehnya (sang pemerintah)

...

...

8:09 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

pak rostam,
kajang pak rostam kajang berlipat,
kajang hamba mengkuang layu,

sy ibarat sampan di muara,org ke hulu ke hulu la sy,jika ke hilir ke hilir la sy..hehe =P

tapi apa yg sy nampak.
org2 akhbar@press@kolumnis(yg masih atau yg telah ditendang)masih berpengaruh dikalangan masyarakat(ditambah/tolak pula dgn campurtgn org politik).cuma medium mereka shj yg berbeza.

"liber n slander" jika masih tidak membawa kpd bab hasutan.jika masuk bab hasutan maka ISA la jawapannya. semua akta akan terpadam jika di bawah ISA.

cuma bila bab saman menyaman ni sy kurang arif. lagipon cacing lawan ular kan??hehe

elhakim,
aku juga takut...

mari kita buat spekulasi:
sy kira ia akan selesai di luar mahkamah shj.

10:34 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home