04/01/2009
Setelah habis berprogram dengan adik-adik di ipta semalam sehari aku singgah di Mall sekejap untuk cari buku "Aku Terima Nikahnya" hadiah untuk seorang teman yang baru berkahwin baru-baru ini. Cari punya cari masih jugak tak jumpa. Belek-belek buku lain aku rasa tidak memenuhi cita rasa aku. Buku seorang teman,Bahruddin Bekri juga ada( Doa Untuk Teman), cuma ongkos tiada untuk aku beli. Mungkin bulan depan aku peruntukan sedikit ongkos untuk buku ini. Aku jarang membeli buku sebab selalu sahaja sengkek.Jadi kebanyakkannya aku hanya pinjam. Aku masih ingat betapa aku liat untuk memulangkan buku tulisan Amaluddin Darus yang aku pinjam semasa aku tingkatan 4 sehingga kawan aku pun terlupa yang dia ada buku itu.
Tebing Gaza bergolak kembali dan seperti biasa kecaman akan dilontarkan di sana sini. Cuma apa yang aku sedihkan kita masih teraba-raba dan masih mencari peranan kita sebagai seorang saudara kepada sahabat-sahabat kita di Palestin. Tebing Gaza di bom oleh Israel, dan HAMAS hanya mampu membalas dengan serangan roket. Dikala itu, kita masih berebut-rebut mat-mat surau dan minah-minah surau untuk dikadetkan untuk jemaah itu dan jemaah ini.
3 Comments:
salam...
maonx cakap ko dah berubah sekarg.
rajin gi usrah. bagus la!
aku bace entry2 blog ko ni pun byk yg berbaur ketuhanan.
Alhamdulillah...
adan,
ceh,xguna. Ni mesti ex-roomate aku punya keje ni.wey nanti kita suruh dia blanja.dia byk duit skrg ni.2 bulan kat labuan.
aku masih sewel sprt dulu.
Salam..
smoga trus maju mnjd muslimah sjati
InsyaAllah.. ^_^
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home