Malam Nifsu Sya'ban
Dahulu aku agak suka mendengar lagu-lagu nasyid, maksud aku sebelum era In-Team dan selepasnya. Emak suka membelikan aku kaset-kaset nasyid kumpulan Nadamurni.Antara paling aku suka adalah Sunnah Berjuang. Lagu ini walaupun ringkas tetapi jelas maksudnya dan memberi makna yang mendalam. Di malam Nisfu Syaaban ini aku menghayati bait-bait lirik ini.
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid..
Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap marak menuju cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi.
Tunggulah syahid atau menang..
Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci.Hadis nabi
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home