Demokrasi Sebagai Alat Fikir
Aku agak terganggu apabila ada ahli-ahli di dalam gerakan haraki mengkritik sistem demokrasi kerana ianya bukan berlandaskan Islam. Kita boleh sahaja bercakap soal asal-usul dari mana demokrasi itu dan dibahagian mana yang tidak betul di dalam prinsip demokrasi itu. Tetapi jika ditanya apakah yang Islam mahu untuk individu dan masyarakat? Semuanya akan menjawap hanya memperhambakan kepada tuhan tidak kepada manusia,isme-isme dan sistem. Islam melepaskan pegangan individu itu terhadap penghambaan dan memerdekakan diri dan minda.Islam pada itu jelas dan amat memudahkan. Demokrasi suatu alat atau jalan untuk menuju matlamat tertinggi itu!Mungkin ia bukan satu-satunya jalan yang ada kini.Tetapi di sana kita tiada pilihan kerana Islam itu berdiri di atas titi-titi keadilan yang bawahnya adalah kezaliman. Bukalah ruang demokrasi agar mesej Islam itu sampai dengan cara yang paling baik untuk setiap manusia. Dan akan sampai masa manusia tetap akan memahami bahawa mereka tidak lain hanya seorang Hamba di muka bumi ini.