Monday, January 29, 2007

29/01/2007

KiKiT
Tribute to All Blogger

Aku ini kuda medan ini,
Menjadi kikit sasaran penembak,
Beranilah aku menebarkan diri
dalam lautan api yang bernyala-nyala,
Tiada puas hatiku mati sebelum melihat
pembaharuan baru yang elok-elok.

-Tok Kenali-

Aku malas hendak mengulas isu saman-menyaman yang ditujukan kepada golongan blogger kerana yang hendak disaman itu sebenarnya dahulunya pernah bekerja juga di Press, so ibarat friends of friends of enemies. Peguam pembelanya juga penulis tamu di akhbar tersebut.Sudah keluar dari press kontemporari mencari blog meluahkan perasaan. Dapat sokongan dari Marina Mahathir pula, so apa macam tu.

Mungkin benar saranan Pak Lah, kebebasan harus disertai dengan tanggungjawap.

Namun jika anda ingin menunjukkan sokongan sila download label ini dan paste kan di blog.

"No Fear to face a reality dude n dudettes"



Photobucket - Video and Image Hosting



Photobucket - Video and Image Hosting




sekian

note shah:
Aku harus menghabiskan 2 ( + 1 buku terpaksa ditahan di kaunter)buku yang aku pinjam dari perpustakaan. Had utk meminjam hanya untuk 3 buah buku shj, oleh kerana mutakhir ini agak kelam kabut sedikit aku terlupa buku yang mana satu patut di re-new yang mana tidak. Hasilnya aku terpaksa membayar denda RM0.60. Ini membawa maksud harga otak aku skrg telah meningkat naik sbyk
RM0.60.

~Kecemerlangan sesuatu universiti ditentukan oleh perpustakaan dan koleksinya, kecemerlangan kesarjanaan dan penerbitan. Untuk Universiti di Malaysia jadi begitu, tepu dada tanya Industri.~

Thursday, January 25, 2007

25/01/2007

NGERTI??!

Diceritakan pada suatu masa dahulu anak-anak murid Tok Kenali mengomel yang mereka tidak faham apa yang diajarkan oleh Tok Kenali. Lantas Tok Kenali menjawap bukan aku yang bagi paham.

Pagi yang terik siang hari tadi aku datang awal ke kelas untuk menduduki ujian. Terus terang aku tidak bersedia dari segi mental kerana malam sebelumnya sebuk untuk memasak resepi ALGOR sambil memikir rumusan bagi asignment tersebut. Aku datang paling awal dan aku sempat melihat sepintas lalu kertas ujian (soalan) dan dengan sepintas lalu juga aku melihat nota aku satu muka surat,aku ingat kesemuanya walaupun aku tidak bersedia. Dan aku dengan izin-Nya berjaya menjawap ke semua soalan mengenai persamaan Matrix dan juga displacement dengan baik. (F = k. d)

Mengapa sewaktu aku menghafal ramuan-ramuan material bersama dengan cara memasaknya selama 3 hari 3 malam tetapi aku masih gagal mengingatnya dengan baik??

Dan aku akhirnya memahami apa itu erti "DIPERMUDAHKAN"

Saturday, January 20, 2007

20/01/2007

Seluar aku koyak

Seluar aku koyak, tambah sedikit dengan compang-camping. aku tidak perasan ia begitu. aku masih berjalan-jalan. Jalan dgn penuh sifat angkuh dan bangga yang muncul dari sisi yang gelap. Sedangkan ketawa berdekah-dedah di belakang, di depan aku pun ada!!! tapi aku tetap tidak perasan, aku terus berjalan riang dan gembira. kemudian aku mahu berlari bebas, berenang jauh, terbang tinggi. Aku tidak perasan yang seluar aku koyak. Sudah puas diketawakan dihinakan pula tu.

Perilaku itu lebih baik drpd manusia yang tahu dia berseluar koyak tetapi masih mahu mengangkat diri. Tapi manusia itu bukankah penuh dengan tanda tanya dan mempunyai misterinya yang tersendiri, dalam badan, di jiwa, di minda penuh dengan tanda rahsia,kata-kata dan gambaran yang tidak diterjemahkan melalui lisan lidahnya. Tanda rahsia inilah yang biasanya dilahirkan dan diperjelaskan dengan medium amali.

Budi hendak mencari harta yang banyak, Berahi hendak menuangkan harta, Budi hendak menjadi raja dan menteri, Berahi hendak menjadi fakir, Budi hendak nyaman, Berahi hendak sakit, Budi hendak mulia, Berahi hendak hina..oleh itu dikatakan Ahl-Suluk-Berahi itu seteru Budi.

Pada hamba-sahaya,pada orang yang Belajar,pada orang yang Tahu,pada orang yang Berkuasa, pada orang yang Tertindas, pada Saudagar yang menjual seluar semuanya pernah terkoyak seluar dengan disedari atau tidak disedari.Dan tampalkanlah seluar yg koyak itu dengan penuh kesedaran dan sifat perhambaan. Menjadi hamba yang berpakaian cantik dan poket seluarnya penuh dengan permata yang tak ternilai.

note shah:
Aku baru sahaja selesai menonton cerita korea" sassy girl" untuk semua episod. Terus terang aku bukanlah peminat cerita korea tambah-tambah lagi cerita-cerita yang berbentuk episod. Tersangat terseksa untuk menonton hingga ke episod terakhir. Aku wajib kagum dengan manusia-manusia yang mempunyai puncuality untuk duduk di depan TV pada waktu-waktu tertentu untuk menonton cerita-cerita bersiri. Cerita korea pula penuh dengan muzik dan seperti menonton filem musikal pula, saat termenung juga panjang. Tapi aku tidak pernah memandang rendah manusia yang meminati cerita-cerita sebegini. Atas dasar apakah aku ingin memandang rendah??aku dan kau sama sahaja..

Tuesday, January 16, 2007

16/01/2001

TaLi PiNGGaNG DaN MeLAyU

"Ada tak tali pinggang jenis lain skit, kepala ni meriah sgt la", pinta aku
"yang ini okay dengan you ma...", balas jurujual gadis tersebut sambil menunjukkan tali pinggang yg lain.

sudah banyak kali kosakata "ma" dan slang cina lain digunakan. aku agak terganggu dan tak berapa selesa. hendak dikatakan gadis ini berbangsa cina kulitnya sawo matang, mata tidak sepet,berhidung kemek pulak tu.

"hey, engkau ni melayu. Mengapa bercakap slang cina!!!", bentakku tetapi hanya di dlm hati. Jika dimuntahkan pulak takut dikatakan melayu mudah beremosi.

" Are u malay or chinese?" tanya aku.
"dua-dua pun boleh, melayu pun boleh cina pun boleh", balasnya sambil tersengeh.

"Shenme?", aku pura-pura terkejut
aku meneruskan lagi "Ni hao ma?" Ni jiao shenme mingzi?

dia terkedu dan menarik muka masam yg mula kemerahan. Beberapa ketika kawan-kawan aku pun muncul.
"saya mahu yang ini ya", aku menghulurkan tali pinggang yg aku pilih kpdnya.

"berapa?"aku bertanya kpd cashier seorg berbangsa cina di kaunter bayaran.
setelah selesai urus beli. cashier itu mengucapkan "thank you aaa".
Dan aku membalas "pu yau ke chi" sambil mengerlingkan mata dan melemparkan senyum sinis kpd gadis tadi.

Pada 3000 tahun sebelum masihi seorg putera Raja Byzantium telah belayar ke Asia utk melawat China. Kemudian beliau tersadai di pantai Kedah. Mereka(putera dan anak kapalnya) berjumpa dgn masyarakat setempat. Mereka melaporkan mereka telah tersadai dan berjumpa dgn sekumpulan gergasi" we came across a community of giants". maksud giant di sini adalah ketamadunan dan juga perkasanya melayu itu.

Bangsa ini keras. nilai-nilainya juga keras tetapi disulami dgn santun yg berseni.
Santunnya boleh dilihat pada bahasa, sindirnya pedas tetapi bertampi.kalau bahasa melayu itu najis mengapa Raja Moluccas menghantar surat kepada Raja Portugal dgn menggunakan bahasa melayu?

Adakah bangsa ini semakin 'melayu' atau semakin 'berkembang'? atau sedang tidur sebentar minta segera digerakkan?!!!dan aku bermaksud minta segera digerakkan diriku ini!!!

"Tak kan Melayu Hilang dunia." -Hang Tuah
adakah ini satu kata seruan, peringatan atau hanya kenyataan status quo??

p/s: pingyin di atas bukanlah tepat hanya sekadar membawa maksud ucapan.

Friday, January 12, 2007

12/01/2007

PaDa WaNiTa,GeTaRaN DaN JiWA (KiTa MeRaSA?)

Sebelum Galileo Galilei dihukum bunuh beliau sempat bekerja utk simple pendulum dan juga getaran bg strings, ia menjadi batu asas teori bagi prinsip getaran. Dan berkurun lamanya sblm masihi pythagoras adalah org yg pertama mengkaji musik berlandaskan prinsip-prinsip sains kuno. Kefahaman mengenai getaran ini cepat sekali berubah, dahulu manusia mengatakan getaran itu akan wujud jika ia dpt ditangkap oleh deria pendengaran(malah mungkin juga sampai kini). tetapi Galilei merubah kefahaman itu.Aristotle pernah berkata "the voice is sweeter than the sound of instrument"....Getaran menghasilkan bunyi yg mengasyikkan. Jika kita lalai kerana musik (getaran) ia bukanlah salah musik(getaran)itu, salahkan diri sendiri yg menggetarkan itu.dan aku bersama rakan-rakanku terpaksa menjemput pensyarah matematik utk mengulangi pelajaran mengenai bab fourier's series expansion yg telah aku pelajari 2 tahun yang lalu semata-mata utk getaran ini.

Fourier's series expansion ini boleh diguna-pakai juga utk mengira getaran apabila jari ditekan ke kulit daging. di situ juga ada getaran,tetapi tidak dpt ditangkap oleh gegendang telinga. kita hanya boleh merasa getaran itu. makin kuat tekanan makin besar amplitudnya dan makin panjang masanya.

Pantas aku mengatakan yg getaran itu rasa, rasa itu jiwa. Jiwa mana yg tidak bergetar bila melihat wajah wanita yg cantik? dan makin cantik wanita tersebut maka masa (T) getaran itu akan bertambah panjang, malah mungkin membawa hingga ke tidur di malam hari. Jadi salah siapa jika imiginasi melangkaui batasan?

Thursday, January 11, 2007

01/11/2007

Sedang aku belik-belik buku di perpustakaan (aku ingin mencari buku tentang hadis) aku tertarik dengan satu buku bertajuk "daripada sains yunani kepada sains islam" oleh hairuddin harun. dulu aku penah beranggapan bahawa malaysia perlu back to basic (dlm ilmu sains) dan bukannya hanya mengejar teknologi(sina'ah) semata-mata. kerana apabila kita sentiasa mengejar teknologi kita akan sentiasa terketinggalan.

aku petik kata-kata Rosenthal dlm buku tersebut:

Ilmu yg tiada kaitan dengan aktiviti praktikal dipupuk untuk tujuannya tersendiri dipanggil 'ilm. tetapi sekiranya ia ada kaitan dgn sesuatu aktiviti dan ia dipupuk oleh sebab aktiviti itu maka ia dipanggil sina'ah.

aku kira sistem pendidikan malaysia perlu diubah lagi (lagi-lagi berubah),perlu kepada pendekatan 'ilm bukan hanya praktikal semata-mata. maksudnya perlu ada beberapa cabang dan pecahan yg tersendir,perlu jelas. mungkin sekarang telah ada aliran teknikal,sains dan sastera di sekolah tetapi apabila sampai di universiti semuanya aku bergabung kepada satu tujuan; "praktikal", kerana syarikat-syarikat (international) yang berada di malaysia memerlukan pekerja yang mahir teknologi bukannya yg pandai teori('ilm).jadi kita(malaysian) akan terus-menerus menjadi hamba kepada teknologi untuk kepentingan diri sendiri(materialistik).

Wednesday, January 10, 2007

10/01/2007

IRaMa TiTis HuJAN

"Agaknya musim tengkujuh sekarang," bisik hati aku. Angin monsun dan ntah apa-apa lagi istilahnya telah hilang di celah-celah neuron minda aku. malas rasanya aku hendak menyelongkarkan kembali, biarkan ia terus hilang...makin kita dewasa makin kita tidak kesah dan ambil endah terhadap ilmu. Kita hanya mengejar ilmu untuk kebendaan. Ilmu disama-tarafkan dgn objek-objek fizikal dan pangkat nama yg mengiurkan. Ilmu hanyalah alat nafsu atau lebih hina dari itu....

Agak nyaman apabila sesekali terkena tari limbasan tempias sang hujan. titis-titisnya lembut membasahi muka. kadang-kang tempiasnya bertukar menjadi taufan yg meranapkan kehidupan, kadang-kadang menghasilkan banjir menenggelamkan kehidupan. genrenya adalah sama mungkin tempo ritmanya yg sedikit berbeza mengikut neraca timbangan awan hujan hitam. Perspektifnya berbeza.Tik Tok Tik Tok jika hempasnya mengenai tong. Tak Tak Tak jika mengenai kayu kayan.Biar apa pun, pada akhirnya ia akan menghasilkan air kehidupan pada lembah mesopotamia, lembah Nil, Hulu sungai Melaka. Kejam manapun ia kita tetap akan menagih titis cintanya. Kita selalu terlepas pandang atau sengaja buat-buat lepas pandang akan iramanya. namun kita sering menghayatinya di waktu kita keluh kesah, akibat dari percintaan, keinsafan,kemurungan.Tetapi yang pasti tatkala ini(aku memilih di waktu kegembiraan!!) aku hanya ingin membiarkan deria pendengaran aku menghayati irama yg mengasyikkan ini...biar diriku tenggelam di dlm lamunan ini. Sanggup aku begitu...daripada mendengar kata-kata kotor oleh manusia-manusia berbasa-basi,yang kononnya mulia hanya kerana dibekalkan setangkup otak yg sentiasa rasional pada segala macam,sindrom kecenderungan melampau mencari rasional.

bumi mana yg tak di timpa hujan....dan pemandangan apakah yg paling indah(yg menyentuh jiwa) jika tidak selepas hujan turun?

Dan Allah menurunkan dari langit air hujan dan dgn air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda(Kebesaran tuhan) bg org yg mendengar. (An Nahl 65)

Monday, January 08, 2007

08/01/2007

TerMenUNG

i am quite busy these 1,2 weeks lately. i still didn't meet my supervisor yet for my project sarjana muda.still, dont know whether she is based on engineering or mathematician field. this weekend dlm perjalanan pulang dprd pembentangan modul rakan siswa(yg kononnya akan dijadikan sekreteriat) dan juga sedikit pembentangan mengenai project JKM,JPK,JKP or whatsoever its called i got liltle bit tire in my mind. ini bukanlah disebabkan kursus tersebut, totally not.

Dr mula perjalanan pulang sampailah membawa ke tengah malam membuatkan otak aku runsing dan berkhayal perkara yg tidak pasti. soal kemanusiaan juga mungkin, erti kehidupan juga mungkin, erti kesempurnaan pengalaman juga mungkin. tetapi ia sekadar berlegar-legar dlm bentuk bayangan yg kabur dan aku gagal memindahkannya ke bentuk teks, permaknaanya tiada dlm teks. ia dimulakan (dirunsingkan) tatkala melihat berita kemasukkan pelajar ke darjah satu yg diriringi oleh ibubapa membuatkan sampai sekarang aku berfikir mengapa abah ketika di waktu itu meninggalkan aku di hadapan pagar sekolah membiarkan aku terkontang kanting mencari kelas sendiri~ dan dari persoalan itu ia bercambah kpd laras-laras persoalan-persoalan lain pula~ manusia jenis apakah aku ni??

bulan,
bintang,
bercahaya,
ku melankolik

Wednesday, January 03, 2007

03/01/2007

BaCaaN UnTuk LELaKI ShJ (jika ingin menjadi hero...)

Katakanlah ada di dalam sekelompok kumpulan lelaki, sudah tentulah kadang-kadang muncul keinginan untuk menjadi hero di kalangan tersebut. Bagi sesetengah lelaki mereka akan mencari ahli yang paling lemah sekali untuk menunjukkan betapa keLAKIan mereka itu berada ditahap maksimum, bertambah-tambah lagi jika di hadapan perempuan ronggeng yg cantik menggiurkan (bitch kata orang putih). Anda seorg lelaki dan naluri untuk menang itu perlu ada tetapi bukanlah dengan cara begitu. Untuk lebih jelas lagi anda boleh menonton filem buli. Mereka hanya membuli kerana cuba untuk melindungi kelemahan diri sendiri. Mereka sudah tentu ada kelemahan tetapi bijak bersembunyi di sebalik kelemahan org lain.

Why not daripada menjadi seorg provokatif bertukar menjadi seorg supporter yg baik untuk dikalangan rakan anda itu. Bagaimana? Cuba menjadi seorg yg memberi dorongan kpd rakan anda yg paling lemah sekali(lemah: gagal mencari kekuatan diri yg tersembunyi). Sudah tentu kadang-kadang anda akan ketawa melihat kelemahan atau kelakuan rakan anda yang barang kali memang pelik dan hodoh itu(anda perlu ketawa!!). Tetapi kemudiannya cuba yakinkannya kembali dengan memberikan dorongan kepadanya. Setelah beliau berjaya lakukan perkara yg beliau rasa mustahil pada mulanya, tepuk belakang beliau dan hamburkan kata2 se-ikhlas yg mungkin"see, mudahkan, aku yakin kau boleh buat sebenarnya". Dan jika anda inginkan minuman free boleh di sambungkan ayat tersebut "so ko kena la belanja aku camne".Jgn terkejut rakan anda itu tanpa teragak-ragak bersedia untuk membelanja anda. Dan sekarang anda sudah menambah seorg lagi pengikut (kerana anda seorg hero) dan bukan lagi menambah seorg musuh. Rakan anda itu akan lebih menghormati anda. Di samping itu anda juga sebenarnya menambahkan keyakinan diri sendiri.

Dan apabila muncul istilah kiasu(sebenarnya sudah lama sejak zaman zaaba lagi cuma skrg di popularkan kembali), Pak Ungku memandang lebih jauh lagi bila membincangkan persoalan Bangsa Melayu, malah beliau sanggup memberi contoh kiasu yang terbaik adalah yg lebih bersifat opportunist. US bom negara org, habis hancur. Begitulah contoh yg diberikan. Tiada win win situation di situ.

Maka terpulanglah kepada tahap keLAKIan anda(ingat untuk org lelaki shj!!!), yang manakah anda ingin pilih??

Tuesday, January 02, 2007

02/01/2007

THE StORRyTeLLeR-tO-bE
berak(Minta maaf jika entri ini menjengkelkan atau meloyakan)

Berak 1
ketika aku kusyuk membelek-belek buku, tiba-tiba perut aku memulas ingin mengeluarkan sesuatu, tapi seperti biasa aku akan tahan. prinsip aku biar sakit betul,nanti boleh buang semua. selang beberapa minit memang betul2 sakit, masa tu kelam kelibut capai tuala, tapi mana kunci?? punyala kelam mencari kunci bilik, habis satu bilik aku selongkar,rupa-rupanya kunci tersebut tersangkut di almari jek.
tema:tercari


Berak 2
aku tidak pasti apa yg menyebabkan perut aku memulas, mungkin kerana menyantap nasi impit bersama kuah kari semasa hari raya haji aritu kot. komposisi kimia yg tidak bersesuaian langsung ditambah dgn rembesan enzim perut membuatkan terjadinya pengembangan usus besar yg amat ketara.
tema: tersalah


Berak 3
aku cukup tak puas hati, di aras aku ntah mamat mana ntah terlepas buang di dlm tempat shower. mungkin terdesak sgt kot. PERHATIAN: bukan aku!!!! aku masih sempat membuang ditempat yg betul.
tema: terdesak


Berak 4
hari tu, semasa bekalan air terputus terdapat segelintir(seorg) siswi yg menyalat-nyalat najis di dinding dan di pintu tandas. Sumber: staff. tak tau la sama ada betul atau tak.mungkin kerana menunjukkan (menifestasi) rasa tak puas hati kerana tiada bekalan air kot. PERHATIAN: bukan aku kerana aku siswa dan semasa aku menyahtinja terdapat bekalan air.
tema:terseksa


Berak 5
semasa aku sedap-sedap duduk di dlm tandas (selalunya selama 20 minit), baru aku teringat sama ada aku dah mengunci pintu bilik atau belum. kuncinya sahaja yg aku bawak, menguncinya belum tentu lagi. terbantut proses aku
tema: tergendala


5 kisah dlm suatu cerita, mungkin bila digabung-gabungkan boleh menjadi cam cerita CINTA kot. durasinya mungkin kejap, jadi lebih sesuai untuk filem pendek(jika ingin dipindahkan juga ke dlm bentuk celluloid, adegan2 termenung bolehlah dipanjangkan lagi).dan jika ingin menimbulkan lagi kontoversi mungkin boleh diselitkan sedikit adegan pemuda(seorg bilal muda) membawa telefon berbimbit kemudian tiba-tiba berbunyi dan nada deringnya adalah ayat Al-Quran.
(sila bawa plastik jika ingin menonton cerita ini, kemungkinan besar anda akan muntah)


iklan: go to bmwshorties.com.my and find out how you can win Rm50,000 to make a short film and go to Cannes or Berlin.

Go on, then. Why are you still hovering over this posting?

hadis nabi:Tidak ada yg lebih patut bg dua org yg saling MENCINTAI kecuali nikah. (Ibni Majah), AQ

sekian...

Monday, January 01, 2007

01/01/2007

ShaH DuDuK TeRMaNGukAkU
puisi utk org yg terduduk (samada kerana tol,yuran skolah-buku kerja xguna, result exam atau di dlm kE-DUNGUan)


Ma'afkan aku!kalau aku sering saja berlaku songsang,
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini...
Apabila orang telah sedia duduk,
aku bangun berdiri
Apabila orang bertepok,
aku diam
Apabila orang orang ghairah berbincang,
aku tidor
Apabila orang membaca zikir,
aku takot mati

Ma'afkan aku jika aku sering saja berlaku songsang
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini
Orang lain sudah merdeka,
aku belum
Aku bahagia kerana aku masih Melayu,

-Pyan Habib-

p/s:dan jika kamu menuruti ORANG RAMAI di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.....(Al-An'aam:116)

~aku suka menjadi bhgian yg sedikit dan aku tidak pandai berbicara~ lebih la la la