Friday, October 19, 2007

19/10/2007

HARI RAYA

pertamanya selamat hari raya maaf zahir dan batin. hari raya kali ini aku menerima dan memberi duit raya dan tahun depan semestinya aku akan hanya memberi.berjumpa kawan-kawan sekolah pada hari raya pertama, ada yang telah membeli rumah utk masa hadapan, membina karier dan yang ingin bertunang.hari raya ke4 pula kawan-kawan perempuan dtg ke rumah berhari raya.untuk pertama kalinya dalam 7,8 tahun aku berjumpa dgn pak ngah aku, still look alike macam dulu,xberubah.

note:pohon kemaafan dari seseorg yg aku penah sakitkan hatinya.u deserve a better man than me, and i wish u will find the great person in the future.

HARI RAYA TANPA ORG YG KITA SAYANG

it kinda feeling so weird when org yg kita syg tiada di sisi utk hari raya ini.aku biasa mendapat SMS dimalam hari raya dan malam hari raya pertama, masak sedap2 la,xmakan lagi la,bila nak balik kg la.pemergian Alang beberapa bulan yg lepas akibat kemalangan mnotosikal cukup meninggalkan kesan yg besar ke atas diri aku.sandalnya masih berada dirumah dan masih dipakai oleh kami.masih kuat diingatan malam sblm dia menghembus nafas terakhir aku disisinya sepanjang malam,hold her hand tightly sambil membisikkan syahadah ke telinganya.pagi tersebut selepas solat subuh hujan renyai2 aku meminta keizinan drpd jururawat ingin menemani dia sebentar, dan itu subuh yg paling aku tidak dpt lupakan dlm hidup aku.

note : sampai skrg aku tidak memahami "feeling" itu.

KERJA INI DAN ITU

ramai rakan2 aku berebut memilih sector minyak dan gas bidang yg ingin mrk masuki,aku pelik.dan aku tak pernah berangan langsung ingin berada di sana.tiba2 kini aku mendapat tawaran praktikal dan sekali dgn percubaan dan insyaAllah akan diambil bekerja jika prestasi baik.sesiapa yg mengenali aku secara rapat mungkin akan tau apa target aku 10thn akan datang dan di mana aku mau berada dan ia mmg langsung tak berkaitan dgn sektor minyak dan gas.tapi inilah dikatakan rezeki,after beberapa interview dan ada yg interview hanya didalam telefon,aku sangkut di sector ini.aku masih menunggu beberapa tawaran lagi yg mana baik.buat masa ini aku sudah beranggapan aku akan berada di sector ini.

note:tuhan lebih mengetahui apa yg terbaik utk ciptaan-Nya itu.

Wednesday, October 03, 2007

03/10/07

Semalam sewaktu berjalan menuju ke fakulti mencari supervisor yg sudah lama tidak aku temui(rasa2nya baru 2 kali aku jumpa dlm sem ni),terlihat ramai siswa and siswi berjalan2 dan berbaris. Aku cuba la melihat2 dari jauh, ada petugas memakai baju merah+ putih persis pilihan raya umum!!!rupa2nya petugas pilihanraya kampus di tempat aku." awak dah mengundi?",ingin shj aku membalas xpe la,sy tinggal beberapa minggu je kat sini tetapi teringatkan pesanan semasa di Lab tadi,sape2 yg xmengundi akan memberi satu implikasi kpd soft skill nya,maka aku pun terus memasukkan baju ke dlm dan terus masuk line.

sampai giliran aku,aku menekan2 mouse beberapa kali di kerusi umum dan juga kawasan kemudian "klik" selesai. tak aku ingat nama sape yg aku tekan tadi.

piliharanya umum,macam tu lah...aku hanya lalu di tempat calon2 memberikan pidato umum. telinga kau dpt menangkap beberapa isu yg cuba dibangkitkan. lagu tu la,dr dulu lagi.....

teringat pilihanraya tahun lalu, calon2 junior punyalah baik2 belaka,kalo jumpa aku dan rakan2 aku yg senior yg lain punyalah tegur,siap boleh gurau2 lagi. bila dah pegang jawatan lalu tepi pun buat tak nampak.

Final projek aku dah makin siap...hujung minggu pulak dipenuhi dgn bengkel2 soft skill; negotiate skill la,emotional skill la,PR and bla bla....ada yg baru dan ada yg aku dah tau, but i learn more from that but pada aku hujung2 minggu tak sesuai la diadakan bengkel2.

chow~