Monday, October 18, 2010

Casanova Pencen

Dahulunya, dia casanova
Poketnya kosong,
Modalnya bicara

Sudahlah tidak berharta,
Makan paginya cinta,
Makan tengaharinya cinta,
malam-malamnya juga cinta.

Dia casanova,
Binatang-bintang menjadi saksi,
Bulan sentiasa menyinari,
Pungguk rela menanti,
Kerna nama mereka akan diukiri,
di dalam bait-bait puisi,
si pengejar cinta...

Maka,malam-malam terindah,
untuk gadis-gadis penanti,
penagih cinta kononnya suci.

sucinya hanya pada bicara,
tidak dihati,
puja dinda,
puja suri,
hancur seri.

Namun,ceritanya tidak lama,
pencen juga akhirnya,
lagaknya?
masih seperti canconva,
(lebih tepat mungkin)seperti ketua polisi yang bersara,

Dilaungnya ke sana sini,
Yang dia masih boleh menyintai,
Jerit payah tersungkur berlari,
Hanya untuk namanya diingati.

Gelodak lumpur terus diharung,
Hanyir lembah mahu dihidui,
daki-daki longkang mahu dijilati,
dia terlupa.

Dia bukan wira yang tak didendang,

Dia juga terlupa,
Siapa yang beri cinta,
Siapa yang beri jiwa,
Untuk menyinta.

Dia terlupa,
Di dalam cinta ada Dia,

Dia,terlupa bahawa dahulunya bukan cinta,
ia hanya cita,
Mengejar cinta,
sehingga alpa.....
itu bukan cinta...

Pulanglah ke asalmu,
dirimu telah bersara,
jiwa raga jasad minda,
semunya perlu kembali kepada cinta

Anak,isteri menanti disudut hati dan jiwa.
Lupakanlah bahawa dirimu telah bersara,
jangan jadi seperti sang polis yang bersara(yang gila!!),
Sucikan diri,jadilah seorang hamba.
Yang kembali kepada pencipta