Sunday, September 19, 2010

Ramadhon 1431 dan Syawal 1431

Berbicara soal cita-cita dan azam dibulan ramadhon mungkin sama sahaja seperti ramadhon-ramadhon yang dahulu. Semuanya tidak tercapai.Namun selagi ada ramadhon dan selagi ada nafas selagi itu mujahaddah kepada nafsu harus diteruskan dan diusahakan.Syurga itu manis, mendapatkannya itu pahit.

Syawal...Disambut dengan penuh kesyukuran, sudah tentu bersama dengan isteri tercinta agak merumitkan acara sambutannya.Iya,kadang-kadang untuk mencapai bahagia itu memerlukan sedikit kerumitan di situ. Namun aku sedaya upaya untuk meringkaskan perkara-perkara yang tidak berapa perlu, seperti tukar langsir baru,kasut baru dan sebagainya.Isteriku sempat mendapatkan sehelai baju baru dan aku sangat tertawan.Dia sangat cantik memakainya,mungkin dia orang yang paling indah yang pernah mengenakan baju itu.

Rezeki kami sekeluarga agak murah,abang telah menyembelih lembu seekor.Dapatlah kami memasak sup tulang dan menikmati sepuas-puasnya daging rendang dan sup tulang.Bayangkan sup tulang yang panas-panas dihirup tatkala hujan di pagi syawal.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home