Sunday, July 18, 2010

Pindah Rumah

Berpindah rumah sangat meletihkan,malah usaha ke arah itu kena dibuat sebulan lebih awal dengan bermula dengan pencarian rumah,menguruskan dokumen pejabat untuk bertukar dan sebagainya.Malah ia akan menjadi lebih buruk jika pertukaran yang diarahkan di dalam notis yang singkat.Di sini diperturunkan beberapa tip untuk berpindah dan sebagainya:

a) Mencari rumah dengan meronda-ronda kawasan-kawasan perumahan adalah baik,tetapi mungkin www.mudah.my boleh membantu jika jarak pertukaran itu jauh.Jika pengiklan mengiklankan rumah untuk dijual jangan malu untuk bertanya sama ada ia boleh disewa atau tidak.
b)Pastikan bila melawat kali pertama ke rumah tersebut,tinjau sekali kawasan sekeliling, adalah amat baik jika dapat makan di kedai yang berdekatan sambil itu risik-risik tentang kawasan perumahan itu dari segi keselamatan dan sewaan rumah.

c)Periksa semua sudut rumah,dan tidak salah untuk bertanya sebarang kerosakan kerana itu adalah hak anda.Jika ada kerosakan kecil,pastikan ia dibaiki sebelum anda mendiami rumah tersebut.Jika besar,bolehlah ditolenrasikan selepas anda menduduki rumah tersebut,tetapi jangan lupa membuat follow-up.SEGALA kos adalah di bawah tanggungjawap tuan rumah.

d)Jika bersetuju,beritahu tarikh anda masuk dan pastikan rumah itu telah dicuci dahulu sebelum tarikh itu,4 hari sebelum anda masuk sangat baik untuk membuat pemeriksaan kali terakhir.
e)Jika tuan rumah agak cepat inginkan wang deposit,sediakan semasa anda mengambil kunci rumah.Tetapi kadang-kadang ada tuan rumah yang baik hati melanjutkan lagi tempoh wang deposit itu.
f)Tandatangan dokumen kontrak setelah anda berpuas hati,sila tanya kepada tuan rumah jika ada terma-terma yang sukar difahami.Kebanyakkan terma kontrak adalah sama bagi semua sewaan rumah,jadi boleh tanyakan kepada saudara mara yang penah menyewa.

g)1 tahun kontrak adalah suatu kebiasaan bagi sesuatu perjanjian.

h)Jika setelah mendiami baru terdapat kerosakan malah jika beberapa lampu tidak menyala sila maklumkan kepada tuan rumah.Jika perlu ambil gambar setiap sudut rumah sebagai rujukan semasa ada keluar dari rumah terbabit.
i)Sebagai penganut Islam,bacalah ayat-ayat Al-Quran pada pada malam(atau siang) awal-awal hari anda menduduki rumah tersebut.Dan berdoalah anda istiqamah dengan bacaan Al-Quran itu ;P.

j)Berjumpalah dan berkenalanlah dengan ahli rukun tetangga atau persatuan penduduk,maklumkan maklumat anda dan sebagainya.

Mungkin jika notis pertukaran tempat kerja diberi agak singkat,maka beberapa tip di atas boleh difleksibelkan.Semoga Allah permudahkan,InsyaAllah.

Monday, July 12, 2010

Entry Setelah Lama Tidak Menulis

Agak lama aku tidak di sini,bukan sahaja untuk update tetapi untuk buka blog ini pun jarang-jarang, bukan kerana kesuntukan masa,masa itu selalu ada,selagi ada nafas ini,turun naik dada,jantung berdegup selagi itu ada masa.Malas barangkali,tetapi bukan kerana telah lelah dengan dunia,bukan juga kerana hari-hari yang berlalu hanya dipenuhi dengan tidur dan makan.Bukan juga kerana telah menang piliharaya lalu masanya dihabiskan melawat kawasan dan tiada masa mengupdate blog.Bukan juga kerana aku ini orang biasa-biasa yang kebiasaannya itu tidak perlu diceritakan kerana sudah terbiasa.Bukan...semua itu bukan....Aku bukan juga agen CIA yang keluar bertugas dan tiada masa untuk menulis.Itu semua bukan...Hanya satu jawapannya malas.Dulu semasa menjadi penuntut di sebuah sekolah di Perak,aku pernah bertanya kepada guruku,apa ubat malas,lantas guruku membaca sebahagian ayat Al-Quran yang aku tidak dapat hafal,beliau juga tidak memberi tahu ayat dan surah yang mana, beliau menuntut di Madinah,tetapi bukan salafi kerana amalan dan pendapatnya tidak seperti golongan salafi,malah beliau juga tidak mengisi borang UMNO.Lantas aku bertanya kepada guruku yang lain,jawapnya ubat malas hanya satu doa dan buat.Aku terpaku,terpaku bukan kerana malas untuk berbuat apa-apa,tetapi terpesona dengan jawapannya.

Tempoh hari aku merenung mata seorang anak kecil yang sanggup berjauhan dengan keluarga di usia kecil hanya semata-mata ingin menuntut ilmu,matanya bercahaya,suci dan penuh pengharapan.Dia tidak mahukan apa-apa cuma sekadar mahukan penghidupan yang lebih baik,persis seperti aku dahulu,diam bila ditanya,suka merenung tetapi sebenarnya berfikir.Aku tidak pasti apakah diriku ini sama seperti diwaktu aku menjadi anak kecil,adakah masih suci?