Wednesday, August 25, 2010

Berbuka diluar: Ramadhon 1431

Pasal makanan lagi...lagi-lagi makanan.Mungkin ramadhan dan makanan itu sangat dekat seperti dekatnya kelopak mata dengan anak mata.Masuk kali ini sudah 5 kali aku berbuka di luar rumah.2 padanya di dalam kereta,dan 3 lagi end up di kedai makan/restoren.

Cuma yang keempat aku sempat untuk menempah buffet ramadhan di saat-saat akhir.Jika tidak besar kemungkinan aku hanya dapat memilih saki baki lauk yang ada di kedai makan.

Buffet ramadhan.
Untuk itu aku berbelanja RM30 seorang.Lauk pauk yg istimewa bagi aku, patin masak lemak cili api,kari kambing,kari ayam kampung dan juga kambing bakar.Menjadi lumrah untuk juadah buffet pemakannya akan memakan sebanyak yang mungkin dan begitu selektif untuk memilih jenis makanan yang agak istimewa dan mahal.Aku tidak berkecuali dalam hal ini,aku mengambil kambing bakar penuh satu pinggan.Kambingnya agak lembut dan dimakan panas-panas bersama dengan sos bbq.Harga buffet dan kualiti serta kuantiti makanan agak berbaloi.

Nasi ketam.
Pergi ke Penang selain nasi kandar jangan lupa untuk menikmati nasi ketam atau mee udang.Ketam masak sambal di hidangkan dengan nasi panas-panas.Kuahnya pekat dengan isi ketam yang dimasak sekali.Kualiti kuahnya sangat memuaskan, sangat terasa isi ketamnya.Cengkerang ketamnya tidaklah keras sangat, dan apabila dikopek celupkan isi ketam itu sekali lalu ke dalam kuahnya lalu suapkanlah ke mulut.Kemanisan ketam itu akan lebih terasa.

Roti John.
Juadah yang sangat ideal jika ingin berbuka di dalam kereta.Mengenyangkan disamping mudah untuk diselenggarakan.Pilihlah roti john yang sudah siap dipotong-potong,memudahkannya untuk disuapkan ke dalam kereta sewaktu memandu.

Untuk aku berbuka adalah perkara yang menyeronokkan, bukanlah kerana makanan itu sangat tetapi yang penting adalah berbuka dengan orang yang tersayang.

Sunday, August 22, 2010

Bazar Ramadhon 1431

Perkara yang paling aku malas lakukan di bulan ramadhan ini adalah pergi ke bazar ramadhan. Aku tidak maksudkan ke semua bazar tetapi hampir semua sekali.Aku amat pelik mengapa di bulan ramadhan ini manusia-manusia tiba-tiba ramai di pasar yang dibuka setahun sekali itu, dilihat beg-beg plastik dijinjing dengan rakusnya,jika tidak muat tangan di suruh anak-anak kecil membantu menjinjing plastik yang berisi nagget,hot dog atau pun cucur kucai yang warnanya hampir kehitaman.Sudah pasti dengan ruang antara gerai-gerai yang memang sempat,manusia-manusia amat susah bergerak, kadang-kadang kasihan aku melihat anak kecil yang di bawa ke bazar ramadhan ini.Sudahlah keadaannya yang sempit ditambahkan pula dengan azap-azap yang menusuk aroma hidung tetapi apabila tidak terkawal mengazabkan.Jika diberi pilihan sudah tentu aku memilih masakan di rumah,walau ringkas tetapi menyelerakan dan jauh dari hiruk pikuk.

Kuih Muih
Hampir semua kuih muih yang dijual di sini sebenarnya memang biasa dijual di bulan-bulan yang lain.Cuma yang bezanya adalah mungkin di bulan ini peniaga yang tak reti buat kuih sebelas bulan yang lalu tiba-tiba pandai buat kuih di bulan ini.Aku agak segan untuk membeli satu kuih sahaja,biasanya orang akan membeli 3/RM1.Bukan apa aku segan peniaga tiada duit pecah 5sen. Tengah-tengah lapar di petang hari ini boleh jadi sahaja peniaga akan menarik muka masam.

Lauk Pauk
Semalam aku membeli beriani daging dan gulai kari kepala ikan. Agak sedap jika dibandingkan dengan juadah-juadah lain yang aku rasa sebelum ini.Rempah ratus untuk beriani dan gulai kari pekat ini pada aku cukup,cuma kuantiti beriani ini agak sedikit di bekas polistrin itu.Aku tidak ada tip-tip untuk membeli di bazar ramadan ini, aku akan cuba mencari kelainan dari segi makanan,jika tiada aku akan sebat sahaja mana yang depan mata.Namun setakat ini yang sangat spesial buat aku adalah beriani daging itulah.Mungkin perkataan spesial agak kurang tepat kerana ada juga grai lain yang menjual beriani,enak barangkali lebih tepat.

Air
Pelbagai-bagai jenis, tetapi aku lebih memilih air jus buah-buahan,paling-paling tidak pun air kelapa.Tapi seperti biasa, aku rasa wah...manisnya jus ini,manis yang datangnya dari gula, selalu aku akan letakkan ais dengan banyakkan untuk mencairkan gula tersebut.

Makanan sampingan
Mee goreng,murtabak,tauhu sumbat,yong taufu, biasanya aku akan memilih murtabak. Ringkas,jimat masa dan tidak perlu terkinja-kinja sangat.

Cuaca dan keadaan,
Aku lebih suka membeli juadah berbuka di bazar ramadhan ini di saat-saat akhir kerana selain kurangnya kesesakan,harga makanan itu menjadi murah.Selain itu, aku dapat meminimakan peluang untuk makanan yang tidak habis dibeli dan dijual kembali keesokan harinya.Kerana aku pergi ke bazar agak lewat sudah tentu aku menyukai cuaca yang sejuk-sejuk tiada terik matahari.



Tuesday, August 17, 2010

Ramadhon 1431 I

Di bulan ramadhon yang penuh barakah ini terlalu banyak amal kebajikan yang ditawarkan dengan pahala yang berlipat kali ganda.Daripada sedekah jariah hingga menjamu makanan ketika berbuka puasa. Kita sebagai umat Islam berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan ini, mengadakan iftar bersama,memberi sumbangan raya kepada parajurit,memberi hamper kepada balu-balu dan sebagainya dan tidak ketinggalan program berbuka puasa untuk anak-anak yatim.Selalunya jadual anak-anak dari rumah anak yatim yang akan penuh di bulan ini,maka aktiviti-aktiviti lain untuk mereka terpaksa diberhentikan demi untuk memberi laluan kepada acara ini.Ini termasuklah program tuisyen yang dianjurkan oleh beberapa orang kawan aku.Sangat sedih mereka dilupakan pada bulan lain tetapi diingati pada bulan ini.,mereka dijamu di restoren-restoren yang hebat,diberi duit raya dan bergambar bersama-sama diakhir jamuan sambil menatang tinggi-tinggi goddies beg yang mungkin dari tajaan syarikat tertentu.Tetapi tidakkah mereka-mereka ini sedar bahawa bulan oktober dan november adalah bulan peperikasaan, aku sebenarnya amat risau tentang prestasi akedemik mereka itu. Sudah tentu aku tidak mensasarkan semua orang boleh berjaya,terlalu optimis barangkali, tetapi cukuplah sekadar beberapa orang berjaya menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.Banyak yang aku sedihkan, termasuklah layanan guru-guru mereka di sekolah terhadap kelas-kelas belakang.Dan amat malang beberapa orang guru itu amat aku kenali.Adus....


Juga boleh lihat artikel lain di sini.
Yatim Sebelas Bulan

Monday, August 09, 2010

Politik di Kampus.

Beberapa hari yang lalu aku sempat menonton rancangan Bual Bicara di TV3,tetamunya adalah bekas Naib Canselor Uitm dan juga Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi Malaysia.Aku bukanlah seorang yang aktif di dalam politik kampus sewaktu di universiti dahulu tetapi itu tidak bermakna aku tidak ikut serta dan ambil tahu di dalam politik kampus.Pada aku pandangan bahawa politik itu harus diletakkan sama ada di blok UMNO,PAS mahupun DAP adalah sangat bebal,mereka hanya melihat bahawa politik itu hanya ada hitam dan putih.Aku sebenarnya amat pelik dengan pandangan tidak membenarkan mahasiswa untuk terlibat secara langsung di dalam politik atas alasan mereka ini kurang matang.Lalu aku ingin melontarkan soalan,bilakah mereka akan matang?Kematangan pada aku setelah mereka bergelumang di dalam politik itu sendiri, dan natijah dari itu maka akan muncullah kematangan.

Ruang di universiti haruslah menjadi tempat menguji teori,beranalisis,memproses ilmu dan seterusnya mencabar ilmu itu sendiri.Dengan ini proses berfikir mahasiswa akan lebih tersusun,berstruktur dan berterusan.Mereka-meraka ini sudahlah dibebalkan dan dibekukan otak mereka sewaktu berada dibangku sekolah dari berfikir,maka di sinilah gelanggangnya mereka beradu fikir.Mereka harus jauh melangkaui aliran politik berpartisan.Bukan tidak boleh berparti politik,tetapi mereka harus tidak terperangkap di dalam aliran ini,masa belum lagi sesuai untuk itu.

Sudut pidato yang ketika dahulu begitu giat di kampus-kampus telah menjadi ruang-ruang yang kosong pemikirannya.Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi cuba untuk mengaktifkannya kembali dan merujuk kepada bicaranya ia agak gagal kerana adanya tapisan dahulu oleh pihak universiti ke atas pidato-pidato ini.Teks-teks terpaksa melalui tapisan dan akan disemak dahulu sebelum dilepaskan.Mana mungkin percambahan fikiran akan berlaku jika adanya tapisan,maka yang hanya dilepaskan hanyalah pidato-pidato yang memuaskan nafsu para pegawai universiti sahaja. Tidak akan ada percambahan idea dan pendapat.Pidato-pidato ini isinya sama sahaja dan merupakan ayat pengulangan yang dapat dibaca di dada-dada akhar. Akhirnya, sudut-sudut itu sekali lagi usang,bukan kerana pengharaman sudut itu tetapi pengharaman dari perbezaan pendapat.

Masyarakat sekali lagi dimomokkan bahawa jika dibenarkan mahasiswa sekali lagi berpolitik maka mahasiswa akan turun ke jalan-jalan dan pelajaran di dewan kuliah terabai.Masakan jadi begini, kita meletakkan suatu sifir yang sangat janggal dan salah. Mahasiswa jadi begitu kerana hujah mereka tidak dilayan,soalan mereka tidak dijawap dengan jawapan oleh pemerintah.Pegawai universiti juga takut dengan hal ini,mahasiswa selalu bertanya tentang hak mereka,bekalan air bersih,tender cafe,hostel dan sebagainya. Banyak isu-isu ini hanya sekadar dibibir pelajar dan disudut pinggirkan di pejabat HEP dan di kolej kediaman.Jawapan-jawapan tentang isu ini hanya dijawap sinis dan tidak memuaskan hati.

Dengan ruang politik dibuka seluasnya,maka campur tangan politik oleh mana-mana pihak terhadap universiti dapat diseimbangkan.Sebagai contoh,selepas ini tidak akan ada kursus-kursus yang idea cadangannya dari pihak-pihak yang ada kepentingan politik dan juga dapat mengelak universiti sebagai tempat melampiaskan nafsu peribadi pemimpin-pemimpin seperti menyediakan tempat 5000 orang untuk pelajar dari keluarga yang miskin dengan pencampaian akedemik yang tidak memberansangkan supaya dapat belajar di universiti dan sebagainya. Sudah tentu idea-idea yang sebegini dan memaksa universiti laksanakan akan menghadirkan debat terbuka tentang keberkesanan atau pun kebebalan idea ini.

Cakap-cakap mengenai akan adanya pertembungan politik antara pelajar dan pensyarah akan mengakibatkan favoritism di dalam soal permarkahan adalah sangat mengarut.Pensyarah adalah tugas yang mulia dan bermaruah dan tidak patut seseorang pensyarah itu terperangkap di dalam politik sempit ini.Jika itu menjadi kayu ukuran,maka kita lebih patut meragui anggota polis yang menjaga rumah seorang Menteri Besar dari pihak pembangkang,bukankah begitu?


Hak politik perlu diberikan kepada mereka, supaya mereka diajar apa itu tanggungjawap terhadap diri dan masyarakat,supaya mereka disedarkan diri, supaya mereka berfikir.Mana mungkin jika mereka dilaung-laungkan supaya bertanggungjawap sedangkan tidak ada perkara untuk mereka tanggung dibahu mereka itu lagi.Jangan risaukan tentang hal-hal sentitif yang menjadi tabu oleh golongan tua, mereka sudah cukup matang untuk memahami kalimah politic is not about the right decision but it is all about multiple sensitivities.

Tuesday, August 03, 2010

Mengapa Aku Masih di sini

Mengapa aku masih di sini?Ramai orang yang akan berpindah ke tempat yang baru atas sebab-sebab tertentu seperti kenaikkan gaji dan juga career improvement.
Aku menyetujuinya,tetapi ironinya aku masih di sini.Banyak perkara yang aku suka di sini:
1.Masa kerja aku yang fleksibel,aku boleh datang bila aku suka dan aku boleh pulang bila aku suka,tapi selalunya selalu lewat juga.
2.Kerja aku melibatkan data-data dan bagaimana aku menganalisa data tersebut,dan cari ruang pembaikkan,combination antara teknikal skil dan pengurusan skil.Kerja aku bukan data analysis,ok!
3.Aku suka persekitaran ruang kerja aku,bersih.
4.Kos hidup yang agak murah di sini.
5.Walaupun terdapat lampu traffik di sini yang agak merimaskan aku,namun masih memuaskan jika dibandingkan dengan bandar-bandar besar yang lain.
6.Ruang/skop kerja aku boleh diaplikasikan di dalam real kehidupan .

Namun sudah tentu terdapat kekurangan di sini.
1. Skop kerja aku terlampau luas,jika boleh diambil contoh,anda seperti orang yang cuba mengelakkan kesesakan lalu lintas di simpang empat,namun terdapat kedai membaiki kereta di situ yang kereta-kereta yang masih belum dibaiki melimpah dan mengganggu kesesakan jalan. Aku sudah buat yang terbaik untuk meminimakan kesesakan itu dengan menyusun jadual perjalanan kereta-kereta yang lalu dikeempat-empat simpang,lampu traffik yang sangat effisyen,jalan yang baik, tetapi dengan kereta-kereta tersadai di tepi jalan itu,kesesakan masih juga akan berlaku.Jadi,aku suruh sahaja supaya mekanik itu baiki kereta dengan cepat,skip perkara-perkara yang tidak perlu di dalam proses pembaikkan,pastikan alat pemasangan sudah ada di stor,beli peralatan yang terkini,mereka boleh sahaja memilih untuk patuh atau tidak.Aku tidak punyai banyak wang di tangan untuk membina bengkel lain yang baru.KPI aku berdasar kesesakan lalu lintas ini.
2. Aku kena mempelajari teknik membaiki kereta daripada mekanik yang bermuka masam itu,boleh jadi apa yang diajari itu salah.Kerana pada akhirnya aku kena mengkritik cara kerjanya.

Mungkin ini mood untuk review KPI untuk naik gaji barangkali.Moga Allah mudahkan.