19/10/2007
HARI RAYA
pertamanya selamat hari raya maaf zahir dan batin. hari raya kali ini aku menerima dan memberi duit raya dan tahun depan semestinya aku akan hanya memberi.berjumpa kawan-kawan sekolah pada hari raya pertama, ada yang telah membeli rumah utk masa hadapan, membina karier dan yang ingin bertunang.hari raya ke4 pula kawan-kawan perempuan dtg ke rumah berhari raya.untuk pertama kalinya dalam 7,8 tahun aku berjumpa dgn pak ngah aku, still look alike macam dulu,xberubah.
note:pohon kemaafan dari seseorg yg aku penah sakitkan hatinya.u deserve a better man than me, and i wish u will find the great person in the future.
HARI RAYA TANPA ORG YG KITA SAYANG
it kinda feeling so weird when org yg kita syg tiada di sisi utk hari raya ini.aku biasa mendapat SMS dimalam hari raya dan malam hari raya pertama, masak sedap2 la,xmakan lagi la,bila nak balik kg la.pemergian Alang beberapa bulan yg lepas akibat kemalangan mnotosikal cukup meninggalkan kesan yg besar ke atas diri aku.sandalnya masih berada dirumah dan masih dipakai oleh kami.masih kuat diingatan malam sblm dia menghembus nafas terakhir aku disisinya sepanjang malam,hold her hand tightly sambil membisikkan syahadah ke telinganya.pagi tersebut selepas solat subuh hujan renyai2 aku meminta keizinan drpd jururawat ingin menemani dia sebentar, dan itu subuh yg paling aku tidak dpt lupakan dlm hidup aku.
note : sampai skrg aku tidak memahami "feeling" itu.
KERJA INI DAN ITU
ramai rakan2 aku berebut memilih sector minyak dan gas bidang yg ingin mrk masuki,aku pelik.dan aku tak pernah berangan langsung ingin berada di sana.tiba2 kini aku mendapat tawaran praktikal dan sekali dgn percubaan dan insyaAllah akan diambil bekerja jika prestasi baik.sesiapa yg mengenali aku secara rapat mungkin akan tau apa target aku 10thn akan datang dan di mana aku mau berada dan ia mmg langsung tak berkaitan dgn sektor minyak dan gas.tapi inilah dikatakan rezeki,after beberapa interview dan ada yg interview hanya didalam telefon,aku sangkut di sector ini.aku masih menunggu beberapa tawaran lagi yg mana baik.buat masa ini aku sudah beranggapan aku akan berada di sector ini.
note:tuhan lebih mengetahui apa yg terbaik utk ciptaan-Nya itu.