Monday, June 09, 2008

08/06/2008

Lepak-lepak minum teh tarik dengan rakan-rakan yang semakin membuncitkan perut mereka pada kaca mata aku sambil berbual-bual mengenai harga minyak dan keadaan politik semasa.Sekali-sekala kawan-kawan aku memberi komentar mengenai ucapan DSAI yang baru sebentar mereka ikuti. Terus terang selepas umur aku 15 tahun aku tidak pernah menghadiri kempen-kempen atau pun pidato umum pemimpin parti pembangkang.

DSAI adalah option yang terbaik dan itu yang kita ada ketika ini, ringkas mereka. Aku amat bersetuju dengan mereka. Alah,walaupun aku tidaklah sangat memuja dan seorg peminat DSAI tetapi firasat aku jika diberi Pak Lah berkuasa maka makin teruklah Malaysia ini. Tengok sahajalah apabila Pak Lah menjawap soalan-soalan yang beliau tak sangka-sangka keluar, maka jawapan yang diberi sambil lewa,tak yakin,tanpa berfikir panjang, berleweh-leweh dan kadang-kadang tak masuk akal.adakah itu ciri pemimpin yang ideal dan karismatik?mungkin amy search ada jawapannya.

kita lihat lagi selepas Pak Lah menggantikan TM, apa yang beliau buat pada Malaysia, ada tak perkara yang beliau rancangkan dan umumkan meninggalkan IMPAK MAKSIMA?

  1. bermula dengan islam hadari yang sampai sekarang tiada apa perubahan dlm sistem pemerintahan dan sistem sosial sebelum dan selepas dilaksanakan.

  2. wilayah-wilayah koridor yang nampak kelakar dan kelam kabut.

  3. rasuah dibanteras, ketirisan dikurangkan. tetapi nampak tak apa-apa kesan dalam sistem kita?

  4. kononnya pertanian menjadi keutamaan beliau tetapi masalah bekalan makanan masih berlaku.oleh sebab penumpuan beliau yg tajam lagi gemilang yang kononnya ingin membantu masyarakat luar bandar membuatkan fokus industri-industri berat terganggu.lihat sahaja dalam pengumuman bajet tahun-tahun beliau tertidur. biotek konon.

  5. Indeks bursa saham dan tahap inflasi kita pada tahap yg membanggakan. memang membanggakan sampai boleh dibuat monumen sejarah.Impak kepada indeks bursa saham yg meningkat dan tahap inflasi yang rendah membuatkan kuasa beli kita semakin berkurangan, hebat bukan?

  6. kecuali sistem kehakiman yang boleh dipuji-eleh itupun sebab nak memburukan TM. aku memang berprasangka buruk tentang ini. ada udang kering disebalik maggi.

  7. budaya kejutan program-program realiti tv totok menjadi ikutan, pengumuman pilihanraya dan kenaikan minyak sbg contoh.

Negara yang sedang membangun perlukan VISION daripada pemimpin mereka, kita bukan seperti Negara-negara yang maju yang rakyatnya boleh berdikari sendiri, yg mana pemimpin mereka hanya membawa dan merubah polisi. Tun Razak mempunyai Visi, Tun Hussein Onn punya Visi, TM ada Visi. Apa pula ya Visi Pak Lah?

Rakan-rakan memberi gambaran selepas mereka mendengar sendiri ucapan DSAI mereka dapat merasainya kerana Visi beliau amat jelas.Jadi apa option yang terbaik setakat ini. DSAI mungkin jawapannya. sekurang-kurangnya buat masa ini.Kebebasan bersuara telah kedengaran disana-sini, bukan kerana ia dipupuk atas dasar kekuatan PM kita tetapi dipupuk oleh kerana kelemahan beliau sendiri.

Beranikah kita menerima perubahan politik. golongan muda remaja sudah bersedia, bagaimana yang tua-tua di sana?


Thursday, June 05, 2008

04/06/2008


Malang, Kesian, Apa Nak Jadi Kepada Nasib Orang Miskin

Kenaikan harga petrol sebanyak 78 cen memang membebankan. Betul kerajaan tetap akan membayar dalam bentuk wang pos kepada pengguna kenderaan, tetapi bagaimana yang tiada kenderaan. Mereka ini yang lebih memerlukan bantuan. sedangkan bantuan kerajaan RM600 tu pun dikira tidak cukup kepada pengguna kenderaan inikan pula kepada yang tiada kenderaan. Adakah kerajaan lupa bahawa ini berupa circulation, orang-orang miskin di luar bandar akan membeli di kedai-kedai runcit yang yang mana sebelum harga petrol naik pun harga barang runcit sememangnya lebih mahal berbanding di hyper-hyper market.

Memang malang, kerajaan mengeksport minyak tetapi rakyat negara pengeksport miskin papa kedana. Apa masalahnya 10 orang terkaya di malaysia menerima subsidi petrol untuk kereta-kereta mewah mereka. Itu minyak rakyat! diulangi,itu minyak rakyat! bermakna mereka juga berhak mendapat subsidi harga tersebut. rakyat miskin sehingga hari ini tidak pernah mempertikaikan perkara ini.

Terus gembira, walaupun 10 orang terkaya di malaysia ini tidak mendapat subsidi minyak itu untuk kereta mereka tetapi antara mereka itu masih menikmati subsidi gas untuk IPP mereka. Tanyalah, berapa mereka beli gas dan berapa mereka jual balik elektrik kepada TNB dan bandingkanlah pula dengan harga elektrik yang TNB beli kepada empangan hydroelektrik TNB sendiri.TNB dari dahulu memang pemurah pun kan?? owh lupa pula reghe elektrik pun akan naik.kaya-kaya.


Contoh Bodoh
Di universiti dahulu aku terpaksa mengikuti kursus softskill, antara penceramah-penceramah yang dijemput adalah eksekutif-eksekutif dari luar. Antara kelas yang aku ikuti ada penceramahnya dari sebuah syarikat pengeluar minyak terkemuka di Malaysia. Penceramah yang memang bodoh ekonomi ini walaupun menurut katanya dia memang minat membaca sisipan busines di dalam newspaper THE STAR,tegas mengatakan bahawa rakyat malaysia tidak patut menerima subsidi minyak kerana katanya harga minyak di Malaysia antara yang termurah di dunia.

Kesian dia, aku kira dia berani mengatakan begitu kerana gajinya kerana menurut beliau gajinya RM13000 sebulan dan pada aku kerana gajinya itulah dia berani hidup tanpa subsidi.Dengan angkuhnya pula dia mengatakan bahawa syarikat beliau menggalakkan pekerja-pekerja membeli kereta mewah kerana ada potongan harga di situ. Jika disebabkan kerana gaji beliau bercakap begitu, dia bodoh, dia bahagian refinery dan jika tinjau bahagian drilling dia mesti terkejut pekerja-pekerja tanpa spm pun boleh mendapat gaji lebih daripadanya untuk kerja-kerja semudah acidizing atau cementing.Mereka-mereka ini pun menyokong subsidi ini kerana kata mereka ini, mereka mengorek MINYAK RAKYAT, bukannya mereka korek minyak DATUK NENEK ENGKAU AJE!!

Aku kira minda-minda seperti minda eksekutif sorg nilah yang membuat keputusan mengenai subsidi ini.bodoh dan lagi, kesian kepada orang miskin.

Kepada pengurus MINYAK RAKYAT NEGARA ini
Jangan lupa menggajikan lagi orang-orang luar dlm syarikat kita dan jangan lupa tanggung bil hotel mereka selama bertahun-tahun mereka duduk bekerja di sini ya. Lupa pula,jika ada function-function yang mewah-mewah jangan lupa taja tau.


Kepada syarikat luar yang mengorek MINYAK RAKYAT NEGARA ini
Saya ada juga mendengar cerita daripada rakyat miri betapa pemurahnya anda dahulu. Anda bagi biasiswa kepada masyarakat peribumu tanpa mengira sama ada ayah-ayah mereka kerja dengan anda, anda juga banyak membuat amal kepada masyarakat-masyarakat miskin. Patut la rakyat miri sayang dgn anda dahulu. Jika begini lah syarikat negara kami layan kami baiklah anda-anda semua yang korek minyak kami, kami takde syarikat sendiri pun tak ape, ye la kan minyak kami tapi untung depa.

sekian.