Kisah Sedih Permohonan ke GLC
Aku agak sedih apabila pemohonan aku ke sebuah syarikat GLC telah gagal. Ringkas panggilan telefon dari mereka, maaf temuduga anda gagal diharapkan anda mengutip lagi pengalaman bekerja.Ringkas dan mudah diingati.Terasa segala usaha adalah bagai sia-sia. Berada di dalam bas untuk perjalanan yang jauh, duduk menunggu giliran dari pagi sehingga petang satu perkara yang membosankan.Preparation untuk temuduga yang memenatkan.Aku menghela nafas panjang….tidak pasti itu nafas berbunyi keluhan atau tidak.
Tapi yang jelas: bukan kefasihan berbahasa Inggeris yang dicari. Tidak seperti yang dicanang-canangkan kerajaan, pandai berbahasa Inggeris senang mendapat pekerjaan.
Minggu depan ada satu temuduga lagi di syarikat berasaskan GLC,tidak pasti mahu pergi atau tidak.
Tottt…tottt. Sms masuk. " Perancangan Allah yang terbaik. Pasti ada hikmah disebaliknya". Juga ringkas tetapi penuh bermakna.