Monday, August 18, 2008

18/08/2008

Politik, Islamisasi, Kebebasan dan juga Keadilan

Aku meninjau-ninjau di mlm sebelum pencalonan di permatang pauh yg bakal diadakan pada 26 ogos ini. secara tidak sengaja terserempak prof dekan HEP universiti lama aku yg mengawasi dan meninjau penglibatan siswa-siwi di dlm pilihanraya dibawah akta AUKU. Nadanya masih seperti dulu,mesra dan mudah utk melontarkan dan berkongsi idea. Duduk-duduk sebelum menunggu kehadiran rAkan-rakan aku yg lain sempat bertukar-tukar idea dan pendapat.Dari perihal pilihanraya, perhimpunan pelajar uitm dan juga debat DSAI dan Shabery. aku berkongsi pendapat yg sama dgn beliau, siswa dan siswi belum lagi bersedia utk penghapusan terus AUKU sama sekali, mereka perlu membudayakan dahulu budaya kritikan idea,percambahan idea, perbezaan pendapat dan meraikan pendapat. Jika tidak mereka akan dibuai dgn sentimen dan emosi oleh politikus-politikus yg bermaruah dan yg tak bermaruah, mahupun yg islamik dan yg tidak islamik.

Terima kasih pakcik ramli yg menumpangkan aku semalam di rumah beliau.


***

Islam tidak pernah memberatkan umatnya untuk melakukan dan melaksanakan perkara-perkara yg berada di luar kemampuannya. Kembali kpd tuhan itu fitrah, taat dan patuh kepada ajaran tuhan itu juga fitrah. seringkali kita menyangkakan bahawa kebebasan dari hukum tuhan itu adalah kebebasan hakiki, dan lebih teruk lagi jika kita menyandarkan dengan kekuatan akal dan fikiran bagi menghalalkan setiap perkara yg kita lakukan atas alasan "tuhan menciptakan akal utk kita berfikir logik, hukum tuhan dan logik itu berada di atas satu garis yg sama dan bergerak secara selari, jadi tidak mungkin salah satunya berlawanan dgn antara duanya".Tetapi jika berdiri dihadapan Sang Pencipta manusia dan bertanya kpd diri kita yg kerdil ini siapa kita,kita akan menyedari kebebasan hakiki adalah dgn taat dan patuh kpd perintah tuhan itu.

****

menjadi satu sifat aku ialah seringkali terlupa judul-judul buku yg aku baca sebelum ini. dan utk itu akan merasakan bahawa displin di dlm hal-hal pembacaan ini amat perlu.aku menceritakan perihal judul satu buku ongoing yg aku baca “why I'm Muslim” dan “perubatan kaedah kesufian” kpd kekasihku, aku menggambarkan di dlmnya ada lukisan 7 lapis awan dgn abid sedang rukuk serta bulan bintang menghiasi orbit berseta kalimah-kalimah suci di dlmnya.....

"sudah2,jgn baca dah buku tu",sunggutnya.
"alamak lupa pula yg enti ni anak buah Dr. Asri yg glamor tu",pintasku

dia lalu ketawa.

dan aku bahagia.

*****
Antara keadilan dan Islam, mana satukah yg lebih besar?
Nada soalannya mungkin simple tetapi amat sulit untuk kita adili(jawap), jika sudah dan kita percaya,amat sulit untuk kita tegakkan?

amat sulit?

cuba baca tentang Islam di atas itu...

Tuesday, August 12, 2008

13/08/2008

Aku mendengar syarahan yg disampaikan oleh salah seorg "org yg kena tuduh" kerana terlibat dlm perhimpunan membantah forum IFC tahun 2006, polemik isu ini sampai sekarang,ceritanya juga sampai sekarang,tidak pernah berubah, namun hanya isi kulitnya sahaja berubah.Diselitkan juga peranan dan sikap IKD yg mana khalid jaafar menjadi tulang belakangnya dan sekolompok lulusan timur tengah (middle eastern graduate centre) mengenai isu ini,pada aku ia perlu diperhalusi dan diteliti lagi,utk membuat konklusi sebegitu rupa aku kira agak ekstrem meski aku tidak kenal apa itu IKD dan lain-lainnya.

Secara umumnya masyarakat malaysia percaya kpd 2 sistem kepercayaan; keberagamaan dan perlembagaan.Bagi org Islam yg ingin mengambil Islam secara keseluruhannya, mereka percaya dan bekerja utk menggantikan dan menyesuaikan sistem perlembagaan(dismantle of the ignorance) kpd sistem beragama secara keseluruhannnya.Tetapi bagi masyarakat non-muslim mereka melihat sistem beragama dan berperlembagaan adalah 2 entiti yg berbeza, amat mustahil utk disesuaikan antara satu sama lain kerana di Malaysia rakyatnya berbilang agama.Jadi harus ada garis pemisah yg jelas antara kedua-duanya. Dlm perjalannan penuh rancau ini, PAS harus membuktikan bahawa manhaj Illahi itu amat bersesuaian dgn fitrah sistem sejagat kehidupan manusia. Dan sbg parti tuhan PAS harus melihat isu ini sbg ujian dan kajian kerana pada akhirnya akan ada nada persoalan: Negara islam yg bagaimana yg bakal ditegakkan oleh PAS.

Rakyat Malaysia yg cintakan islam harus berhati-hati menghadapi polemik yg sebegini.boleh shj reaksi yg dilontarkan dan dilaungkan oleh pencinta islam dibalas dgn penuh kebencian oleh masyarakat non-muslim.

Kpd masyarakat non-muslim, itu menjadi hak anda utk mencari ruang keadilan(dan hak itu dijamin oleh islam malah dgn darah sekali pun!) bg anda tetapi cara membangkitkan isu itu.

Harmoni,toleransi, kepercayaan,keterbukaan dan penghormatan perlu menjadi sebahagian rantaian nilai dlm hidup beragama.jika putus satu nilai maka hilanglah nilai hidup beragama, jadi tinggal nilai/makna apa lagi yg tersangkut dileher pencinta agama ini.

Saturday, August 09, 2008

10/08/2008

Antara Nilai dan kebebasan bersuara

Apabila Pak Lah menegaskan yang beliau tidak akan tunduk kpd desakan mana-mana pihak untuk beliau meletakkan jawatannya sbg PM pada aku itu adalah sesuatu yang amat terpuji. Tegas Pak Lah lagi beliau adalah PM pilihan rakyat jadi mengapa beliau harus tunduk kpd sesetengah pihak.Aku teringat kembali kpd peristiwa perlantikan khalifah yang ke4. Tatkala sahabat utama berbaiah kpd Ali, muncul muawiyah menentang perlantikan tersebut sehingga membawa kpd pemberontakkan seterusnya peperangan di dlm sejarah umat islam.Adakah Ali perlu berundur demi perpaduan dan kesejahteraan umat islam ketika itu?Tidak, Ali tidak!kerana perlantikan beliau sbg khalifah adalah sah. Jadi menjadi hak kpd mana-mana pemimpin untuk berpegang kpd haknya sbg pemimpin walaupun ada tentangan di situ. Sememangnya Pak Lah itu lemah dan semua org malah termasuk pengampu beliau sendiri harus mengakuinya tetapi pendirian Pak Lah itu utk mengekalkan jawatan amatlah disanjung. itu adalahlah satu nilai dan pada aku nilai itu amatlah terpuji. dan aku juga sebagai rakyat malaysia yg merdeka jiwa dan akal dan mempunyai "freedom" tersendiri seperti termaktub di dlm perlembagaan amatlah berharap yg DSAI akan menang pada piliharanya kecil ini seterusnya menerajui negara dalam masa terdekat ini.Jika itu (ikut pintu belakang) dikatakan oleh sesetengah org sbg tindakan tidak bermoral biar sejarah masa hadapan yg menentukkanya samaada "muawiyah"nya beliau atau "al-aziz"nya beliau. Namun pada aku nilai org melayu itu semakin terserlah dgn munculnya tokoh-tokoh seperti ini. warna-warni politik dan sosial malaysia semakin bertambah dan berkembang dan ayuh mari serikan warna itu lagi.nilai dan prinsip harus dihormati dan semoga Tuhan sentiasa memberkati umat ini.


melayu ini org yg bijaksana dan setiap perbuatan dan tuturnya ada kiasan tersendiri.

Thursday, August 07, 2008

08/08/08

Mari Berpolitik Sambil Menjilat (tiada yg melondeh seluar ya!)

Apakah manusia menyangka akan dibiarkan berkata: kita telah beriman,padahal mereka belum diuji...(al Ankabut 2)

aku duduk-duduk berbual-bual dengan rakan dibawah bas stop. Lalu lintas sgt sesak,lori memotong ikut sesuka hati, habuk berterbangan menjadi udara tambahan untuk paru-paru..menyesakkan. tapi mujur ada gadis cantik di sebelah(kebaya cantik sambil rambut diikat dgn kemas). "adik cantik manis ingin ke mana",rakan aku memulakan ayat bicara.gadis manis mengelatkan muka.rakan aku mula menyebihkan mulutnya, matanya yg sebelum ini meliar memandang gadis cantik itu kini beralih kepada aku. "macam dia cantik sgt",bebelnya....

Apakah manusia menyangka akan dibiarkan berkata: kita telah beriman,padahal mereka belum diuji...

beliau mula becakap persis bak ustaz."ini la ang taktau, manusia ni berlebai ja, baca ayat quran cukup lancar, berkuliah sana berceramah sini, last2 dengaq2 ada muzakarah dgn UMNO dibelakang kita. apa depa lupa ka yg kes memali tu sapa yg start dulu, apa depa lupa ka yg mangsa-mangsa ISA tu masih dizalimi lagi dlm penjara".

"ish ang ni, xbaik dok cakap lagu tu, yg depa dok bincang tu pasai tu la, depa cari ruang untuk memperbaiki lubang-lubang sistem yg kerajaan tak pebaik atau yg kerajaan sengaja xpebaik".

"abehtu yg khir toyo ckp jawatan menteri besaq ditawarkan pada PAS tu apa benda?"

"depa terima tak?"

"tak..."

"jadi depa dah lepah la ujian petama."

"aku dengaq lagi yg PAS ni sebuk menjilit DSAI mcm anjing, depa dok hormat dan takut sgt kat dia tu apa pasai. ang pun aku dengaq ckp yg DSAI tu la calon PM paling releven la ni. Hadi yg dok pakai serban tu yg ckp tang Islam tu xlayak lg ka??"

"ang penah dengaq tak kisah rom berperang dgn parsi zaman nabi dulu. umat islam semua dok seronok rom bantai parsi,depa dok sokong. tapi last-last islam kalahkan dua-duanya sekali. aku tak kata DSAI tu akan jadi PM kini dan selamanya. tapi ang tunggu lah nanti bilamana Islam itu mula bangkit, skg PAS belum cukup layak lagi memerintah.tapi ang jgn risau la selagi PAS berpegang dgn manhaj illahi dia selama-lamanya tetap menjadi wakil/parti tuhan di bumi ini".

Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang2 yg beriman dlm keadaan kamu skg ini, sehingga dia menyisihkan yg buruk (munafik) daripada org yg baik(mukmin)....(Ali Imran 179)

"sapa yg munafik tu?"

"mana la aku tau,nama pun depa munafik,org dok solat depa solat".

aku memang panas hati bas yg ditunggu tak sampai lagi, kata duit subsidi minyak tu dok buat sistem pengangkutan awam bertambah baik, ni dah dekat 2jam tunggu tak sampai lagi. aku mmg fed up,tau la pak lah aku tuntut janji ang kat akhirat nanti. ang percaya akhirat ka??eh, xkan cucu ulama tak percaya akhirat kot, tempat pembalasan kpd pemerintah-pemerintah yg zalim,ang tak takut ka?aku percaya ang takut kan....

aku meninggalkan bus stop itu dan menyedut2 lagi habuk jalanan. aku tampar juga papan tanda di tepi bas stop yg indah itu
" satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional".