Sunday, March 29, 2009

30/03/2009

Aku agak terlupa apa yang aku ingin jadi semasa aku berusia 16 dan 17 tahun, maksud aku, orang yang sebagaimana yang aku ingin jadi.

Hujung minggu lepas, sahabat aku memerlukan bantuan untuk aku menjadi fasi untuk satu program bagi pelajar sekolah menengah atas dari pelbagai jenis sekolah. Aktiviti fizikal namun bercorak islamik. Undangan di saat-saat akhir.

Aku orangnya adalah seperti- tidak mampu menyediakan mental dan psikologi secepat yang mungkin dalam hal-hal sebegini. Jika aku ingin menghadiri seminar, kursus, camping dan seumpamanya aku memerlukan masa untuk "mendatangkan" mood sesuai dengan objektif dan tujuan sesuatu program itu, jika tidak, maka aku hanya menghadiri dengan separa sedar/terpaksa dan hasilnya adalah sesuatu yang mengecewakan bagi pihak aku. Dalam kata yang lain memerlukan masa untuk membina self-confident diri sebelum itu.

Walaubagaimanapun aku sedaya upaya, tempah semalaman aku gunakan untuk menyakinkan aku untuk menghadapi kerenah peserta, penyelia kawasan kem dan orang sekeliling.

Aku hadir di awal pagi, taaruf dengan peserta dan semasa aktiviti pertama terus ditegur oleh penyelia di kawasan camp supaya tidak memakai jeans dan pakaian yang tidak sesuai. Adus...sedangkan sehelai track suit pun aku tidak bawa. Mujur aku menerima segala itu dengan sepositif yang mungkin. Aku tetap "cool down".

Aku agak terlupa apa yang aku ingin jadi semasa aku berusia 16 dan 17 tahun, maksud aku, orang yang sebagaimana yang aku ingin jadi.

Cabaran : sudah tentulah aku tidak menjadi seorang fasi yang baik kerana aku sudah terlupa aku orang yang bagaimana ketika itu.

pengajaran : Pengalaman adalah ijazah yang tidak ternilai.

Thursday, March 26, 2009

27/03/2009

Pendidikan di Malaysia

"Mithal saja kecenderungan universiti-universiti di negara kita. Lebih kurang sedekad yang lepas, apa yang kerajaan utamakan ialah bidang kejuruteraan. Hujah ramai, kita akan lebih mudah memperoleh pekerjaan. Sementara, pihak industri juga dikatakan lebih condong pada pelajar dari aliran kejuruteraan. Hasilnya, bidang sains tulen—seperti fizik, kimia, matematik, dan biologi—di universiti-universiti telah kehilangan penuntut yang bermutu. Lalu, bidang sains tulen terpinggir dan jatuh ke taraf “menjadi guru sekolah.”



Surat untuk madihah memang mencerahkan.Walaupun ianya mungkin bingkisan kecil bisik hati tetapi ia jelas menunjukkan betapa tiada arahnya sistem pendidikan di Malaysia.


Baca juga luahan pelajar kejuruteraan mengenai PPSMI.

Monday, March 23, 2009

24/03/2009

Tentang Emosi.

Manusia dianugerahkan oleh tuhan beserta dengan emosi. Tangis, gembira,marah, rajuk,terasa,suka,duka,cemas dan seribu satu emosi. Amat mustahil untuk kita belajar tentang emosi jika kita tidak mengalaminya sendiri, itu adalah pengalaman hidup. Aku sentiasa belajar bagaimana untuk menyelami emosi sendiri kerana aku percaya bahawa tiada emosi yang bersifat negatif jika kita menghargai setiap emosi yang kita miliki. Aku percaya manusia yang dinamik itu kaya dengan emosi.

Sunday, March 22, 2009

23/03/2009

Aku memerlukan seminggu untuk mengembalikan minda kepada mood bekerja setelah 2 minggu lalu aku cuti selama satu minggu, sangat relax dan sangat selesa setelah lama tidak bercuti di kampung. Aku melawat adik beradik dan sedara aku di bahagian selangor dan pulang ke kampung di sebelah Teluk Intan.

Malam kemalrin aku menghadiri walimah seorang sahabat aku semasa bersekolah dahulu di SP, aku agak kalut dengan kursus berakhir sekitar jam 6 petang dan aku terpaksa menunggu roomate aku, akhirnya aku sampai juga di Emarald Hotel SP dan mengikut rombongan pengantin on time.

Aku sangat rindukan sahabat-sahabat aku ini, walaupun hanya 3 orang termasuk pengantin, sekurang-kurangnya mengubat kerinduan terhadap sahabat-sahabat aku ni semasa aku belajar dahulu. Kami berpelukan erat, cas energy yang positif mengalir kepada tubuh aku. Aku percaya, manusia memerlukan persekitaran yang baik dan rakan-rakan yang dapat memberikan nilai-nilai yang positif dalam kehidupan, dengan itu barulah hidup lebih bermakna.

Kami mengambil sepinggan nasi dan juga buah-buahan dan makan bersila ditepi kolam, banyak topik yang kami bualkan, soal rakan-rakan yang telah menyambung pelajaran di dalam master malah ada juga yang telah membuat Phd di usia kami ini. Soal kerjaya, namun soal politik, agama dan jemaah begitu menjadi main topic antara aku dan seorang kawan aku ini. Kebetulan dia adalah aktivis PAS, ke sana sini. Dr. Asri dan pergerakan salafi juga kami bualkan, dan jauh membawa kepada fikrah sahabat-sahabat kami yang masih menuntut di timur tengah. Ada juga antara rakan-rakan aku yang belajar di IPTA semasa cuti semesternya menjejakkan kaki menrziarahi bumi Anbiya' untuk menadah kitab.

Siapa sangka juga bahawa sahabat aku yang berkawin ini juga sekarang merupakan seorang CEO dengan modal perniagaan bernilai jutaan ringgit setelah meninggalkan jawatannya di sebuah syarikat kolomengerat terkenal di tanah air. Ramai yang berjaya, dan ramai yang memiliki ilmu yang terbaik di dalam bidang masing-masing,sedangkan aku masih bertatih-tatih di sini.

Pertemuan yang terlalu bernilai buat aku. Pertemuan yang dasarnya kerana Allah InsyaAllah.Sahabat, dikau membuatkan hati ini kembali dahagakan ilmu.

p/s: Lebih membawa dan kegembiraan apabila aku dapat " berbual" walau sekadar panggilan telefon dengan teman aku ini. Sudah lama aku tidak berbual dengannya. Dan untuk segalanya, kau adalah satu-satunya insan yang sentiasa cuba memahami diriku ini, dan aku sentiasa juga cuba memahami dirimu itu. Sehingga bila-bila.

Thursday, March 05, 2009

06/03/2009

Goten Tag.
Minggu ini aku memulakan kelas intensif untuk bahasa Jerman dan itu sangat menyeronokkan. Walaupun duration hanya 2.50jam seminggu sekali untuk sekadar belajar basic bahasa Jerman aku kira memadai.

Memasak
Aku juga mulai memasak di rumah. Setelah bil. ahli rumah bertambah menjadi 4 orang maka ra material kelihatan bertambah murah. Sebelum ini 2 orang jadi kos raw material menjadi mahal. Antara masakan terawal, sambal udang,tempel, sayur campur dan telur. Gambar tidak dapat disertakan kerana kesemua kami berempat tidak mempunyai handpon berkamera.

Hati Aku
Aku ingin mencari sebuah buku hadiah untuk teman aku sempena hari istimewanya. Wang telah aku kumpulkan. Sebenarnya aku amat segan kerana apabila berjumpa ada sahaja buku yang diberikan kepada aku. Dia memang gemar untuk membeli buku, tatkala wanita lain sebuk dengan handbag LV,lipstik dan makeover, pakaian yang berjenama, minatnya hanya pada 2 perkara makanan dan juga buku. Berlainan dengan aku pula, selalu bergelut untuk memilih makanan yang murah dan berat hati membeli buku kerana kekurangan sumber kewangan( argh ini hanya alasan shj mungkin). Oh,mungkin sekuntum ros boleh dilekatkan bersama dikulit buku itu,nampak menarik juga.Tetapi apa tajuk buku tersebut?