Kisah Zaid Bin Tsabit
Dicelah kesibukan persiapan untuk peperangan yang terbesar dan sangat mulia, muncul anak kecil yang mengheret pedang yang setinggi tubuhnya.
Sesampai sahaja dia dihadapan tubuh paling agung dia berkata, Ya Rasul SAW,izinkan aku untuk turut serta di dalam Perang Badar.
Rasul SAW dengan lembut sambil mengusap-usap anak kecil itu menolak permintaannya kerana beliau terlalu kecil untuk keluar berperang.Maka dengan hati yang punah sambil mengheret pedangnya ke tanah untuk pulang ke rumah. Ibunya tahu perasaan sedih yang membukam jiwa si anak kecil ini, lalu mengadukan hal ini kepada kabilahnya. Ibu ini ingin sekali anak ini selalu berdamping dengan Rasul SAW yang tercinta. Anak kecil ini tajam pemikirannya, tangkas otaknya,kuat penghafalannya. Maka ketua kabilah pergi bertemu Rasul SAW menyampaikan hasrat supaya si anak kecil ini dapat selalu berdampingan dengan Rasul SAW. Maka Rasul SAW memanggil si anak kecil ini dan diperdengarkan bacaan Al-Quran si anak kecil ini kepada Rasul SAW. Sungguh, luar biasa sekali ingatan dan kepintaran anak kecil ini. Lalu Rasul SAW akan selalu memanggil anak kecil ini jika ada ayat-ayat Al-Quran dan wahyu diturunkan. Maka jadilah anak kecil ini sepenulis wahyu dan terusnya menjadi penterjemah bahasa kepada Rasul SAW kerana kebolehannya di dalam pelbagai bahasa juga atas saranan dan galakan dari Rasul SAW.
Beliau adalah Zaid bin Tsabid ra. Diriwayatkan kerana kecintaan Ibnu Abbas ra ( Abdullah Bin Abbas meriwayatkan 166o hadis, beliau baru sahaja berumur 13 tahun sewaktu Baginda SAW wafat) kepada ilmu, suatu hari beliau memegang tali pemacu dan tempat pemijak kuda Zaid Bin Tsabit supaya Zaid Bin Tsabit dapat naik ke kuda itu. Lantas Zahid pun bertanya " Apakah yang engkau lakukan ini wahai Ibnu Abbas?" soalnya. " Beginilah kami dianjurkan oleh Rasul SAW untuk menghormati Ulama kami", bingkis jawapnya. "Hulurkan tanganmu wahai Ibnu Abbas", pinta Zahd, lantas diciumnya tangan Ibnu Abbas sambil berkata, "Beginilah kami para sahabat diajar oleh Rasul SAW untuk menghormati kaum keluarga baginda".
Zaid kekal di dalam sejarah kerana ketokohannya di dalam ilmu wahyu, diangkat oleh khalifah Abu Bakar,Umar dan Usman ra untuk mengetuai pengumpulan Al-Quran.
Mungkin sahaja puisi oleh Hasan Bin Tsabit semasa mengiringi pemergian Zaid ke rahmatullah dapat menggambarkan kehebatan Zaid Bin Tsabit
Siapa yang akan menjadi ahli puisi setelah Hasan dan puteranya pergi, dan siapa pula yang handal menggali erti setelah Zaid Bin Tsabit tiada lagi.
Barangsiapa yang diberikan hikmah sesungguhnya dia diberikan kebaikan yang banyak.....(256 Al-Baqarah).
Aku sentiasa berdoa supaya difahamkan erti dunia.Yang hanya sekadar lebih hina dari bangkai anak kambing. Dan terus dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam.