Sunday, September 28, 2008

29/09/2008

ramadhon..

nafsu syahwat.
nafsu amarah.
terkawalkah?
sehingga berjumpa ramadhon di tahun hadapan....
ada umurkah?

nafsu syahwat,
nafsu amarah,
terkawalkah?
bila 1 syawal menjelang....
ada kekuatan?
atau dipeluk atas nama kebebasan..
dijulang atas nama kemenangan..

nafsu syahwat,
nafsu amarah,
ditarbiyyahkah?
di bulan ramadan ini?
atau masih spt dulu.
sehingga menanti ramadan di thn hadapan...

Friday, September 19, 2008

20/09/2008

15 sept 2008.
2300

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”, dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

(ayat 25 al-baqarah)

petang tadi aku singgah sebentar ke bazar ramadan, walaupun di tangan sudah ada nasi kosong dan sup ayam tapi hati masih mahu membeli sebarang dua macam kudap-kudapan kononnya perut tidak kenyang nanti. jenguk ayam percik yg panas dan berminyak-minyak,harumannya cukup menusuk ke hidung, di sebelahnya pula terdapat pasembur dicampur dengan telur rebus, sosej,isi ketam dan fishcake yang digoreng bersalut tepung.air pelbagai buah pula termasuk laici kang yg penuh dengan isi dibungkus kemas,nampak sgt sejuk dan nyaman dari luar.aku ingin beli semua bisik benak diriku!!

aku teringat kembali ayat tersebut. syurga menyediakan makanan yang tidak pernah kurang kesedapannya. Sebiji buah contohnya, apabila di makan lagi dan lagi rasanya lain dan bertambah sedap. sedangkan di dunia ini, jika makan berlebihan makanan tersebut sudah hilang nikmatnya, malah akan sengsara kekenyangan.Perut terasa sendat, tekak terasa loya badan pula lemah longlai dan tersandar keletihan.keletihan dan kelesuan..

Ya,Keletihan dan kelesuan selepas merasakan nikmat yg terlampau.PAS pada aku harus bersedia kemungkinan-kemungkinan yang berlaku, biarlah semuanya dalam perancangan, PAS harus melihat tahap keupayaannya diri dulu berdepan dengan kuasa. Kuasa juga seperti makanan, bila hati yang lapar berhadapan dengan kuasa, maka ingin dibolot semua dengan lahapnya. Perlulah sedar keupayaan diri untuk menelan segala permasalahan setelah berkuasa, punyai kekuatankah untuk mengikis segala karat-karat jahiliyah yang ditinggalkan. menghidu bau kekuasaan dari luar Putrajaya memang nampak enak, tetapi jika dimamah dengan penuh nafsu dan tamak haloba kekuasaan itu takut termuntah kembali. Ingatlah dunia ini hanya alat untuk bekerja bagi akhirat. Berhadapanlah dengan kuasa itu dengan fikiran yang rasional,penuh kesederhanaan dan sifat tawaduk kerana kekuasaan itu suatu yg memualkan jika dikuasai dengan nafsu yang gelojoh!Belajar dari Taliban apabila kuasa diduduki dengan kekerasan dan rampasan semasa fikrah(perut,hati,nafsu,akal) rakyat masih tidak bersedia.

bersediakah ahli-ahli PAS menerima pemikiran yg dibawa rakan-rakan di dlm pakatan rakyat yang lain?silibus-silibus pemikiran yang rancau ini sudah tentu akan dicucuk ke dalam fikiran masyarakat bermula dari sekolah rendah lagi.bersediakah PAS untuk bertembung dengan rencam fikiran yg pelbagai ini?mampukah PAS?!

Dan yakinkah PAS bahawa dia tidak akan ditendang keluar apabila Parti itu berkuasa nanti, dengan pesona tokoh tersebut tidak mustahil pilihanraya akan datang Parti itu akan mendapat majoriti kerusi yg besar di parlimen dan tidak mustahil peranan PAS diwaktu itu tidak diperlukan lagi, ala-ala tragedi Parti Perikatan dulu la. PAS harus realistik bahawa pendokong dan keahlian PAS sebenarnya tidaklah sebanyak mana(di dlm konteks org yg berkehendakkan Islam secara keseluruhannya), yang membuatkan PAS menang besar pada 1999 dan 2008 adalah disebabkan oleh faktor yang lain. PAS juga harus menerima bahawa majoriti umat Islam di Malaysia masih belum bersedia menerima Islam yg seperti mana yg PAS paham. ini cukup jelas, tak payah putar-putar.

Ini bukanlah untuk menidakkan kezaliman Kerajaan BN dan keyakinan bahawa Kerajaan BN mesti ditumbangkan, tetapi hanya melontarkan persoalan: mampukah PAS?!

Saturday, September 13, 2008

13/09/2008

12 sept 2008

2200

Falsafah sbg penjelasan hidup,
Kesasteraan sbg nyanyian hidup,
Kesenian sebagai perhiasan hidup,
Tsawuf sbg intisari hidup,
Dan ibadat sebagai pegangan hidup.

Hamka

Jiwa aku mula berubah arah keinginan muzik aku, dahulu aku agak berlazat-lazat dengan muzik yg agak pantas dan yg jenis beremix-remix, kini aku lebih bersenang-senang dengan muzik yg relaks dan lambat-lambat, mendamaikan jiwa. aku tidak menganggap bahawa muzik yg pantas-pantas itu tiada keindahan, selagi ia cocok dan berada dilingkungan budaya islam, islam memberikan kebebasan seluas-luasnya utk penganutnya mengerjakan dan mengharungi apa yg ada di dunia. Yg nyata Islam itu indah, dan keindahan citranya merangkumi seluruh nadi dan gerak kehidupan.

aku dijadikan dengan penuh keindahan.cuma keindahan itu sedikit demi sedikit hilang selaras dengan peredaran masa.lihat shj budak kecil, menenangkan jiwa meski pada satu tahap apabila mereka menangis sungguh membuatkan jiwa tidak tenteram, tetapi keindahan mereka tetap dan masih sempurna.alangkah bahagianya apabila manusia disekeliling dapat merasakan keindahan kita ini. aku telah hilang keindahan itu, tetapi selagi nyawa di badan dan daya digenggami aku tetap cuba gilap pada batang tubuh, hati-budi, akal dan segala gerak diri pada keindahan itu. keindahan itu adalah akhlak.

indahnya bulan ramadan. tetapi aku takut jika keindahan itu tercemar dengan kerancakan bazar-bazar ramadan,pembaziran pd hari raya,cakap-cakap kotor umatnya,kelucahan perilaku dan pakaian umatnya yg berpuasa, dan kecelakaan mata yg memandangnya........

adakah kita merasa keindahan al-quran jika tidak membacanya?tidak bukan...maka adakah kita merasa sebenar-benarnya keindahan dunia ini jika tidak mengamalkan islam pada kehidupannya?

Tuhan hidupkanlah jiwa-jiwa kami pada bulan ramadan ini dengan keindahan islam supaya kami mengerti apa erti kehidupan dan utk apa dijadikan akhirat...

dan tidaklah kehidupan dunia ini,selain dari main-main dan senda gurau belaka.dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bg org2 yg bertakwa.maka tidakkah kamu memahaminya.(al-an'aam:32)

Friday, September 05, 2008

05/09/2008

31 august 2008

2300

alhamdulillah,akhirnya dapat juga bersua kenal dgn sahabat-sahabat usrah di mukim ini setelah beberapa bulan mencuba akibat drpd berlainan jadual harian, kesibukan dunia disamping penyusunan jadual aku yg lemah. sejak dari tahun 1999 hingga ke hari ini aku sudah 3 kali aku berpatah arang dengan medan usrah ini. Pada awal tahun ini sekali lagi peganganku terhadap gerakan usrah bergoncang, namun apabila aku bermuhasabah kembali dan berfikir tenang secara rasional bahawa keperluan kepada perlaksanaan nilai-nilai islam dalam diri,kehidupan bermasyarakat menuntut kpd biah dan persekitaran (daulah) yg sesuai yg padanya kini tidak dapat tidak dihidupkan secara halaqah.maka aku berpendapat bahawa dakwah dan tarbiyyah(usrah) itu perlu beriringan dan bergerak selari dan masih, kita perlu bekerja utk memperbaiki yg mana kita rasa perlu diperbaiki dalam hal itu. aku selalu mengingatkan kpd rakan-rakan aku betapa kita perlu bekerja untuk apa yg kita percaya. carilah kebenaran dan setelah meyakininya,maka bekerjalah bersungguh2 utk itu secara ikhlas dan semoga Tuhan kurniakan nikmat dan pintu hidayah-Nya.

Demi jiwa dan penyempurnaannya,maka Allah mengilhamkan kpd jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan. sesungguhnya beruntunglah siapa yg mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah siapa yg mengotorinya. as-syam 7-10