Ramadhon-Ahlan wa Sahlan
Ahlan wasahlan Ramadhon,
Semoga daku sentiasa berada di dalam ingatan bahawa engkau adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya. Jiwaku adalah kepunyaanNya, tetapi Mujahaddah jiwa itu adalah kewajipan untuk aku laksanakan.
Di saat meminum secawan kopi aku memikir-mikir apa yang harus aku coretkan
"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," A Samad
Dahulu aku agak suka mendengar lagu-lagu nasyid, maksud aku sebelum era In-Team dan selepasnya. Emak suka membelikan aku kaset-kaset nasyid kumpulan Nadamurni.Antara paling aku suka adalah Sunnah Berjuang. Lagu ini walaupun ringkas tetapi jelas maksudnya dan memberi makna yang mendalam. Di malam Nisfu Syaaban ini aku menghayati bait-bait lirik ini.