Monday, March 29, 2010

Rahsia Kehidupan

Dicelah kepekatan malam, aku dan sahabat aku berbual panjang, berkenaan hati dan perasaan. Di sana dia menyoalku dengan satu soalan, mengapa aku kurang menulis. Pantas aku menjawap,kerna aku kurang membaca. Masakan orang yang kurang membaca akan melahirkan tulisan yang baik.Sahabatku mengangguk-ngangguk, mungkin tanda paham atau mungkin sahaja malas untuk menghadam jawapan aku itu.Lantas, beliau melontarkan lagi persoalan, jadinya orang yang kurang membaca ini kurang akalnya?. Aku tidak menjawap,hanya diam.Dia melunjurkan badannya, mungkin kerana kesejukan malam. Aku tidak pandai membaca tulisan-tulisan yang rumit, tapi aku mengerti bahasa alam, bahasa orang bercinta, bahasa burung-burung yang terbang girang, bahasa seorang nelayan yang pulang ke rumah membawa hasil tangkapan untuk anak-anaknya,bahasa hamba yang merindui rabbnya.Dan aku meyakini bahawa semuanya telah tertulis di atas sana,sambil jarinya menunjuk ke langit gelap.Aku hanya mengambil ibrah tentang apa yang telah tertulis di sana. Aku yakin setiap yang terjadi mempunyai rahsianya yang tersendiri.Setiap perkara adalah mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Insan yang merasakan bahawa hari-harinya adalah sama adalah insan yang gagal mengesan sebarang kebaikan di dalam hidup mereka.Aku berkata-kata kepada hati.

Thursday, March 25, 2010

Perasaan Dan Logikal

Kadang kali aku berada pada suatu tahap tidak dapat mencari suatu perkataan pun.Aku termenung,terpaku sendirian.Tatkala itu aku biarkan perasaan yang berkata-kata di dalam bahasanya.Kadangkala ia berkata-kata dalam bahasa tangisan,kadang-kadang dalam bahasa lenggok badan,kadang-kadang tanpa sebarang apa-apa, dan kerap kali juga berakhir dengan bahasa tulisan.

Aku suka menyelami perasaan walau itu bukan langkah yang bijak, seringkali kita lemas oleh perasaan sendiri. Namun aku juga tidak suka menjadi seorang yang terlalu logikal kerana nanti akan ada sebanyak mungkin perkara yang objektif yang terpaksa kita hadapi.Aku juga tidak mahu menjadi yang sedang-sedang sahaja kerna nanti aku dianggap sebagai manusia biasa-biasa.Aduh...amat sulit untuk memilih antara dua ini.

Sunday, March 14, 2010

Solatku,Ibadahku,hidupku....

Pagi tadi aku membawa isteri sambil membantu sebagai pendaftar tak bertauliah untuk kerja amal yang dia lakukan di luar bandar( aku berharap kami dapat masuk ke kawasan yang lebih dalam suatu hari nanti).Semuanya selesai tengahari dan kami dijamu oleh orang kampung dengan masakan yang sangat enak, telur asin,ayam masak merah,ulam dan sambal belacan dengan nasi putih betul-betul menyelerakan.Kemudian kami menghadiri majlis kenduri kahwin seorang kenalan, kemudiannya singgah sebentar di rumah saudara mara. Sampai-sampai di rumah pantas solat asar kerana hari sudah hampir menjelang gelap dan kemudiannya badan agak "flat". Aku jenis yang tidak boleh tidur selepas asar,jika tidur maka bila bangunnya nanti kepala akan berpusing,loya-loya dan juga ketidaktahuan serta kecelaruan fikiran.Isteri mengejutkan aku untuk solat maghrib dan di dalam keadaan seperti itu maka solat yang dilangsaikan adalah secepat dan serobotiknya.Aku sudah tahu keadaaannya jika begitu, hasilnya akan jadi begini tapi masih aku lakukan begitu.

Kita bersolat hanya untuk melangsaikan hutang kita kepada Illahi,namun kita tak pernah bersedia dan ternanti-nanti akan solat. Selepas satu solat, kita tidak pernah bersedia dan segi fizikal,rohani dan ruh untuk solat seterusnya sedangkan itulah matlamat kita, menjadi hamba. Hamba yang Rabbani.