12/11/2007
salam ke atas Nabi junjungan besar,ruang waktu aku kira lama sgt untuk bergerak skrg dan mengembang. aku ingin tahu keputusannya,mengenai tesis yg aku hantar, baru shj aku menghantar beberapa helai appendix bagi mengukuhkan lagi tesis aku. namun aku kira aku menghantarnya pada masa yg tidak tepat,semasa paras kerasionalnya pada tahap yg rendah.ya,manusia ini pendapat dan pegangannya boleh berubah dlm sekelip mata,cuma setelah mencantingkan tanda pengesahan barulah dikira semuanya valid.selama seminggu ini hari malam aku semacam mimpi2 ngeri.owh Tuhan hambamu yg hina ini bergantung kpd MU 100%,atau lebih dari itu. tak ade kuasa yg mampu menandingi kehebatan-MU.semalam aku sudah meminta restu emak di kampung semoga mendoakan aku.aku akan pegang kalam-MU Tuhan.fainnamaas us riyus ra,innamaas us riyus ra.kalimah fa dan in itu sungguh memberi makna pada aku Ya-Tuhan.minggu2 paling getir aku-berilah kekuatan.
09/11/2007
barangsiapa yg terbunuh kerana membela hartanya,maka ia mati syahid.barangsiapa yg terbunuh membela dirinya,maka dia mati syahid.barangsiapa yg terbunuh membela agamanya maka dia mati syahid dan barangsiapa terbunuh kerana membela kehormatannya maka dia mati syahid (riwayat tarmizi).jika seseorg yg mempunya kuasa dan penghormatakan memberikan kata-kata hina(baca:hujah) kepada aku,akan aku balas dengan hujah.tetapi jika dia menggunakan kuasa untuk menjatuhkan aku,aku tidak mempunya kuasa untuk melawan kembali.tetapi no, there are always have a ways dan aku akan usahakan.kejadian ini membuatkan aku termanggu dengan kata-kata. "alangkah moleknya ketinggian ilmu itu didampingi oleh kerendahan hati"."intelektual yang berpolitik dalam hal-hal keilmuaannya" cukup merimaskan aku pada minggu ini.
07/11/2007
mengikuti bengkel di hujung minggu kadang-kadang seronok juga. minggu lepas kami dibentangkan dengan topik kesedaran spiritual di dlm kelas. Puas bermeditasi beberapa minit menyebut nama tuhan (yg aku kira terpengaruhi sedikit dgn ajaran tasauwuf dan aku tidak menyetujuinya kerana terdapat bukan islam di sana) kami di pecahkan kepada beberapa kumpulan membincangkan topik spiritual. salah satu cabangnya " membezakan yang mana baik dan yg mana yg buruk".
aku teringat mimpi sang khalifah ma'mum dgn seorg lelaki tua yg wajahnya putih bersih,anak matanya kebiruan.sang khalifah itu bertanya, apa yg dimaksudkan dengan perbuatan yg baik itu? Lelaki itu menjawap perkara yg dapat diterima akal. Sang khalifah bertanya kembali apa itu perbuatan yg baik. Lelaki tua itu menjawap perkara yg dapat diterima oleh agama. Sang khalifah itu bertanya kembali apa itu perkara yg baik.lelaki tua itu menjawap perkara yg kamu lakukan kepada seseorg kerana semata-mata org tersebut ingin pembalasan dari kamu.
Dari mimpi itulah munculnya pusat baitul hikmah, melahirkan cendiakawan-cendiakawan islam terbilang tidak kiralah di mazhab mana mereka berada.
Dan lelaki tua itu adalah sokrates.
01/11/2007
Sedang aku belik-belik buku di perpustakaan (aku ingin mencari buku tentang hadis) aku tertarik dengan satu buku bertajuk "daripada sains yunani kepada sains islam" oleh hairuddin harun. dulu aku penah beranggapan bahawa malaysia perlu back to basic (dlm ilmu sains) dan bukannya hanya mengejar teknologi(sina'ah) semata-mata. kerana apabila kita sentiasa mengejar teknologi kita akan sentiasa terketinggalan.
aku petik kata-kata Rosenthal dlm buku tersebut:
Ilmu yg tiada kaitan dengan aktiviti praktikal dipupuk untuk tujuannya tersendiri dipanggil 'ilm. tetapi sekiranya ia ada kaitan dgn sesuatu aktiviti dan ia dipupuk oleh sebab aktiviti itu maka ia dipanggil sina'ah.
aku kira sistem pendidikan malaysia perlu diubah lagi (lagi-lagi berubah),perlu kepada pendekatan 'ilm bukan hanya praktikal semata-mata. maksudnya perlu ada beberapa cabang dan pecahan yg tersendir,perlu jelas. mungkin sekarang telah ada aliran teknikal,sains dan sastera di sekolah tetapi apabila sampai di universiti semuanya aku bergabung kepada satu tujuan; "praktikal", kerana syarikat-syarikat (international) yang berada di malaysia memerlukan pekerja yang mahir teknologi bukannya yg pandai teori('ilm).jadi kita(malaysian) akan terus-menerus menjadi hamba kepada teknologi untuk kepentingan diri sendiri(materialistik).