Wednesday, May 26, 2010

Pentadbir?

Malaysia perlu diplomat berwibawa, disegani sumber Utusan Online.Bukan sahaja untuk diplomat tetapi cuba lihat di jabatan-jabatan kerajaan yang golongan ini mentadbir.Apabila sesuatu urusan tidak diberi kepada ahli yang sepatutnya,Maka beginilah yang terjadi.

Tuesday, May 25, 2010

Luahan Rasa bukan Fikiran

Aku membaca satu email yahoo aku pagi tadi.Fikiran dan rasa aku bercampur baur,namun aku tetap membacanya berkali-kali agar tafsiran dan kefahaman aku tidak salah, aku cuba menyelami dan memahami masalah itu dari pelbagai sudut.Aku bukanlah seorang Islam yang baik menurut kaca mata aku sendiri,namun aku sedaya upaya menjadi seorang Islam yang baik dari kaca mata Al-Quran dan Sunnah dan tidak dari mana-mana mata individu atau organisasi.Aku memahami di dalam masalah berorganisasi akan timbul persoalan kepentingan individu and organisasi,tentu sahaja neraca yang mana harus dipilih menjadi persoalan.Perlukah kepimpinan menentukan neraca yang baik dan tidak untuk kita.Sudah tentu di dalam hal pokok tentu sahaja kita tertakluk pada perintah agama, tetapi atas urusan kapasiti dunia pula bagaimana.

Kualiti vs kepentingan masyarakat
Agak mengecewakan jika sesuatu masyarakat dipaksa untuk membeli diluar dari batas kemampuannya hanya kerana barang buatannya itu adalah buatan negara. Lebih malang jika harga barangan yang di dapati dari luar jauh lebih murah dan berkualiti.Terus sahaja bebanan itu dilepaskan kepada masyarakat,masyarakat tidak diberikan pilihan. Sudah pasti sebagai masyarakat yang bertanggungjawap kita wajib menyokong segala perkara yang bersumberkan dari dalam masyarakat itu sendiri, namun soal harga dan kualiti itu harus dipikul oleh pengeluar,itu tanggungjawap pengeluar.Ini hanya sebagai satu contoh.


Kefahaman aku
Manusia ini pelbagai kefahaman,mungkin sahaja aku yang silap faham atau aku belum lagi diberi cukup faham.Atas dasar itu aku minta maaf, dan jika berbeza pendapat ini menjadi suatu dosa,kepada Allah aku mohon ampun.Sebenarnya aku masih banyak lagi yang ingin aku luahkan,namun aku masih mencari kata-kata sebagai medium luahan rasa. Bagaimana ya hidup sebagai sebuah organisasi?

Aku amat menyukai tulisan ini, meski ada sudut yang aku tidak bersetuju,tetapi kebanyakkan membuatkan aku terfikir dan mengangguk sendirian. Mengingati 13 Mei 1969 : Individualisme lawan Perkauman oleh Amin Ahmad


p/s: ada beza antara luahan rasa dan fikiran.

Monday, May 17, 2010

Seputar PRK Sibu

PRK Parlimen Sibu dimenangi oleh DAP dengan majoriti 398 yang sebelum ini dimenangi oleh BN dengan majoriti lebih 3200. Kemenangan ini mungkin dibantu dengan komposisi penduduk cina di Sibu. Trend pengundi Cina nampaknya tidak berubah,mereka terus menerus menolak BN.Jika tidak terlampau banyak janji dan wang ditabur untuk warga Felda di Hulu Selangor tempoh hari tentu BN akan kalah lagi.

Nampaknya BN tidak perlu membuat post mortem besar-besaran sangat sebab nasihat dan pandangan boleh sahaja diminta dari profesor universiti (profesor-profesor IPTA yang kaki mengampu dan naik sebab mengampu banyak) kepada BN.Maka selepas itu tentulah BN tidak susah hati sangat. Bukankah profesor-profesor ini lagaknya hanya seperti seorang penghibur.

Sebenarnya kerajaan BN masih tidak belajar,rakyat menyokong Pakatan Rakyat bukanlah kerana YB Pakatan Rakyat cekap mentadbir(dan adakalanya banyak berdrama),cuma mereka dilihat lebih baik dari segi accountability, integrity dan transparency.Jika kerajaan BN masih lagi menaburkan gula-gula kemajuan maka BN masih tidak dapat memahami kehendak rakyat.

Masyarakat lebih terbuka kini dan inginkan kerajaan yang lebih telus. Kini,bukan lagi seperti zaman dahulu kala yang mana keputusan dari kerajaan disertakan tanpa justification yang kukuh, tiada lagi jawapan " kerajaan tahu apa yang terbaik untuk rakyat". Dan sudah tibanya PAS juga bergerak ke arah ini,kerajaan PAS harus dilihat lebih telus dan lebih berintigriti, ambil tanggungjawap dan bertanggungjawap dengan segala keputusan yang dibuat. Dalam masa yang sama PAS harus mendidik rakyat supaya bersama-sama mempunyai sifat jujur,amanah dan telus. Jika terjumpa hand-phone di dalam LRT masyarkat ambil dan gunakan tanpa memulangkannya kepada pihak bertanggungjawap,jika untuk menarik pam tandas di masjid pun satu perkara yang berat,jika tender balak pun berebut-berebut.Maka PAS boleh sahaja bermimpi untuk membina masyarakat yang mungkin lebih baik dari sekarang.Massa memang mahukan perubahan dalam urus tadbir negara tetapi diri sendiri mereka belum tentu sanggup berubah.

Monday, May 10, 2010

Tahap Kehidupan Kini

Semalam aku dan isteri mengunjungi sebuah restoren yang agak baik,berhawa dingin dan hiasan dalamannya menarik. Akuarium ikan di setiap sudut,ikan yang berwarna warni bermain-main dengan buih-buih airnya.Pemilik restoren ini aku agak pernah menjelajahi banyak tempat di negara lain melihat kepada koleksi-koleksi yang dipamerkan.Aku memesan mee tom yam dan isteri memesan chicken grilled.Meskipun tempoh menunggu agak lama( perkara yang aku paling tidak suka),namun aku berani jamin tom yamnya memang sedap.Rasanya seperti 15 tahun dahulu. Teringat lagi aku semasa kecil merasai tom yam sesedap itu di gerai yang berharga cuma sekitar RM2.50, dan kini tom yam sesedap itu berharga RM10( menjadi RM11 setelah 10% service perkhidmatan ditambah).Zaman kini tom yam yang berharga RM3.50 boleh dijangka bagaimana rasanya.Adakah tahap hidup kita telah berubah menjadi lebih baik sejak dari 15 tahun dahulu?Ekonomi atau pendapatan kita mungkin lebih baik,tetapi tahap kehidupan kita sebenarnya semakin teruk.

Thursday, May 06, 2010

Hak

Zaid Ibrahim pernah menyokong supaya dikurangkan kuasa Raja-Raja Melayu. Atas alasan,perlu dibezakan antara hak peribadi dan juga hak sebagai Raja Berperlembagaan.Yang bermaksud hak dan keistimewaan sebagai Raja Berpelembagaan dijaga dan dilindungi oleh perlembagaan dan dalam masa yang sama hal-hal peribadi tetap tertakluk kepada undang-undang seperti mana rakyat biasa.Semua peringkat di dalam kerajaan yang memerintah ketika itu menyokong perkara ini atas alasan yang sama.

Cakap-cakap meminta gelaran Datuk dilucutkan adalah tidak wajar jika sama sekali kerana tulisan Zaid Ibrahim di dalam blognya.Namun masih,anugerah ini tentu sahaja atas budi bicara Raja-Raja,dan Raja-Raja mempunyai hak untuk menarik kembali gelaran ini.

Jika rakyat umum masih memikirkan bahawa tindakan Zaid ini tidak wajar dan menyalahi undang-undang,maka saman dan tindakan undang-undang boleh dikenakan. Biar undang-undang yang menentukan.Mudah bukan?

Tuesday, May 04, 2010

Reform:Adakah Hanya Suatu Angan?

Sebenarnya mood aku masih di dalam tahap recovery akibat terbaca email-email isteri aku(lihat Nota untuk Isteri).Sepanjang masa aku memikirkan adakah aku ini cukup baik untuk isteriku.Terusnya, adakah aku dapat membantu dia untuk mencapai matlamatnya?
Aku mengenalinya tidak cukup lama, begitu juga dia kepada aku.Atas dasar kefahaman dan matlamat yang sama kami bersama, dasar itu ringkas tetapi sangat bermakna buat kami berdua.Doaku,semoga aku tetap tabah dan kekal mahu berubah.
Ya,mahu berubah. Keinginan ini harus ada walau sampai bila.Kata orang politik "melakukan reform".

Di tanganku senaskah buku "Saya Pun Melayu" coretan Zaid Ibrahim yang aku beli semalam di MPH.Aku mula membaca coretan-coretan mengenai Zaid Ibrahim di sisi-sisi keratan akhbar. Sosoknya mula ku kenali tika dia mula menyokong penubuhan IFC.Tentu ada yang istimewanya tokoh ini. Mulai dari hari itu aku mula berminat dengan Zaid Ibrahim ini.Di hadapan aku pula peti televisyen, sambil duduk-duduk di sofa dan air masak(trauma akibat const...) di meja sisi,jari jemari menyelak-nyelak lembaian buku ini, TV menayangkan rancangan HUJAH,jemputannya YB Ezam dan hosnya Fuad bukan Agus(Dr).Saudara Ezam ini gaya percakapanya persis Anwar Ibrahim,walau Azmin Ali memegang tampuk di PKR kini,tetapi gaya percakapannya tidak boleh menandingi saudara Ezam ini.Aku mula mengikuti saudara Ezam ini "pasca reformasi", siapa anak muda tidak mengenali sosok berkarisma ini. Namun kini Ezam kembali ke dalam UMNO,Zaid pula keluar UMNO.Jadinya aku jadi keliru, yang mana aku ingin tumpukan dahulu ,membaca buku ini atau tonton sahaja Ezam di kaca TV.Tertunggu-tunggu juga aku kalau-kalau Ezam membuku 6kotaknya,maklumlah Ezam ini penuh dengan kejutan dan "reform".Zaid di dalam buku ini(setelah membaca beberapa helaian) penuh juga dengan kejutan.Namun aku mengambil keputusan,aku membaca tika iklan dan mendakap kaca TV ke mata ketika rancangan kembali. Namun sedih,Ezam tidak seperti dulu,aku jadi kecewa...

Namun apabila mindaku melirik kembali ingatn di rak buku yang aku capai buku "Saya Pun Melayu" ini, di atasnya terpampang tajuk "Moving Forward: Malays for the 21st Century".Aku mula tersenyum kembali.Mungkin bebanan Malaysia ini boleh diletakkan sedikit di bahu bekas pemegang Diari Merah ini.

Aku mahu tidur, aku mahu pulih dengan cepat(mood).
Justify Full