30/01/2009
Aku tersangatlah lemah, flu dan sakit tekak sepanjang hari. Ditambah pula untuk memakai bunny sut untuk beberapa jam, sangat menyeksakan. Mungkin ini adalah untuk mencuci dosa-dosa kecil,kifarah terhadap perkara-perkara yang lepas. Balik-balik pejabat aku terus tertidur untuk sepanjang petang.
Aku sebenarya cukup kagum dengan seorang kawan aku, dia akan sentiasa melayan kerenah kawan-kawan, menjawap segala pertanyaan dari orang lain dengan bersungguh, dan senyum sepanjang masa sakitnya. Sungguh aku tak terdaya untuk begitu, apabila aku sakit orang disekeliling aku dengan mudah mengesan kelembikkan aku. Sungguh akju tidak sopan dan tidak gentle dalam perhubungan sesama manusia ketika sakit.Perlu diubah.
Aku ingin berehat bersungguh-sungguh esok(sabtu), mencuci kereta yang sekian lama tidak bercuci, dan ingin menghabiskan bacaan aku.
28/01/2009
historikal-materialism
Semalam jalan ke selatan begitu sesak,bayangkan tol PLUS yang tiada bonggol-bonggol pun boleh jam. Mujur jalan ke utara begitu lancar. Aku singgah 2 kali di R&R, untuk solat dan solat lagi. Itulah susahnya jika bertolak dari rumah nak dekat-dekat asar. Sampai di R&R Sungai Perak, jam baru menunjukkan pukup 6.45pm, jika aku teruskan perjalanan mungkin sahaja aku tak sempat bersolat maghrib, jadi aku duduk-duduk sahaja di pankin depan Petronas, melihat kereta lalu lalang, ada yang mewah, separa mewah, yang sederhana, yang miskin, dan yang daif. Sempat juga aku menghabiskan separuh bab huraian asas teori konflik dari buku kecil ini.
Kaum pemodal begitu bijak, dahulunya hanya ada 2 jenis, tuan dan hmaba dan diikuti tuan tanah dan juga petani, maka petani itu ditindas. Kemudian industri mengambil alih, hanya ada 2 golongan juga pemodal dan juga buruh, maka buruh pun ditindas lagi sehingga kaum buruh di Eropah bangun dan terjadilah Revolusi Bolshevik 1917. Kapitalis jatuh, sosialis cuba dibangunkan. Kaum pemodal begitu bijak berselindung di era sosialis, dan apabila sosialis jatuh maka kaum pemodal baru menunjukkan taringnya. Era kapitalis lama sama sekali telah berubah, pemodal lebih bijak menawarkan cebisan saham-saham syarikat kepada kelas menengah, biasiswa diberikan, cukai dengan angka yang minima disogokkan kepada kerajaan. Maka telah terpecah 3, kaum pemodal, golongan pertengahan(pekerja mahir) dan juga buruh(mahir dan separa mahir). Maka sekali lagi golongan buruh ditindas, mereka cuba bangkit melalui kesatuan pekerjannya( yang bekerja swasta dan kerajaan), meminta gaji dinaikkan sebaik mungkin. Namun kata Marx, kaum buruh harus meruntuhkan kerajaan yang ada dahulu. Dan untuk di zaman ini, itu adalah mustahil, pandangan Marx lagi kaum buruh yang revolusioner harus ada pendidikan, dan ini adalah mustahil. Maka buruh-buruh ini hanya mengharapkan golongan pertengahan bercakap dan bertindak bagi pihak mereka. Dan golongan pertengahan ini lebih menjaga perut mereka.
siapa golongan pertengahan ini?
Anda semualah, yang mendapat kemudahan internet dengan mudah, berblog di cafe-cafe yang cool dan sebagainya. Kita tidak paham penderitaan golongan buruh ini sebenarnya.
28/01/09
Matematik Untuk Anda Yang Suka MatematikSekarang si ibu 21 tahun lebih tua darianaknya.6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5kali ganda umur anaknya.SOALAN:Bapanya sekarang berada di mana ?Silakan berpikir dan menjawab secarailmiah/matematik,sila buktikan secara wajar...Sekarang ibunya (M) 21 tahun lebih tua dari anaknya (A)M = A + 216 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5kali ganda umur anakM + 6 = (A + 6) x 5dimana M = A + 21A + 21 + 6 = (A + 6) x 5A + 27 = 5A + 3027 - 30 = 5A - A-3 = 4AA = -3/4BBererti umur anaknya sekarang* 3/4 tahun= - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan.Bererti anaknya sekarang belum lahir(akan lahir kira-kira 9 bulan kemudian).Jika ini jawapan anda maka sekali lagi anda salah kerana.soalan ini adalah tak logik dari segi hukum alam...
1) jika umur ibunya adalah 21 thn lebih daripada anaknya
2) maka setelah 6 tahun, umur ibunya tetap menjadi 21 thn lebih drpd anaknya.
3) jadi amat mustahil umur ibunya menjadi 5 kali ganda drpada umur anaknya.
persamaannya seharusnya begini:
M+T = A+ 21+T
T= adalah tahun-tahun
23/01/2009
Jerry seorang yang sangat positif mengenai kehidupan dan juga seorang yang natural motivator. Pekerjaannya sebagai seorang pengurus restoran memebuatkannya dia selalu bergaul dengan khalayak. Pekerja bawahannya sangat senang dengan. Mereka akan mengikut Jerry jika Jerry berpindah dari satu restoran ke satu restoran yang lain.Jerry tahu bagaimana untuk berdepan dengan pekerja yang berada di dalam mood yang buruk. Apa bila menerima komplen,Jerry sering meransang supaya setiap pekerjanya melihat di sudut yang positif setiap perkara untuk setiap perkara yang terjadi. Melihat ini aku selalu tertanya-tanya.Lalu aku bersuara,"bagaimanakah kamu boleh jadi sepositif itu?"Jerry menjawap,"Setiap pagi apa bila aku bangun aku akan bertanya kepada diri, bagaimanakah aku akan jadi untuk hari ini. AKu boleh memilih ingin menjadi ceria atau pun duka, bad mood atau good mood. Dan aku memilih untuk jadi ceria dan good mood.Aku bertanya kembali"Bukankah itu sangat susah?" Jerry menjawap,"Betul memang sangat susah, tetapi hidup ini adalah pilihan bagaimana kita ingin menerimanya, semuanya terletak di tangan kita untuk memilih yang mana".
Bersambung...
21/01/2009
Apa career impian anda?Tempat pertama adalah mathematician,diikuti actuary dan seterusnya statitician.Dulu cita-cita aku memang ingin menjadi mathematician.Jika tidak silap borang penilaian aku semasa sekolah menengah semuanya aku letak mathematician.Kemudian aku hilang punca dan arah semasa di matrik, mula dilanda materialistik, aku tukar kepada engineer. Kemudian setelah hampir-hampir aku ingin tamat pengajian aku memilih ingin menjadi petroleum engineer(ditempat ke-21).Sekarang aku buat industrial engineer( ditempat ke 49),Plans for optimum use of facilities and personnel to improve industrial efficiency.Aku memang merindui mathematic.http://www.careercast.com/jobs/content/JobsRated_Top200Jobs
19/01/2009
Sejak 6 bulan kebelakangan ini blog aku tersangatlah lain. Dalam erti kata lain jika dibaca balik entri-entri yang lepas 6 bulan kebelakangan inilah yang lain macam. Kalau orang tua dulu-dulu baca ni mesti akan keluar perkataan buang tebiat.
Pada aku ini tidak lain bukan hanyalah suatu proses di dalam kehidupan. Menyingkap balik sewaktu aku berblog, yang mula-mula memperkenalkan aku di dalam dunia blog ini kawan aku yang sewaktu itu belajar di UTP. Antara blog-blog terawal yang aku ikuti adalah si maniszarif, ,kak mashi,abdullah jones dan beberapa lagi yang aku telah lupa.2, 3 tahun lepas aku diperkenalkan dengan blog lama amin ahmad. Aku kira ini titik perubahan di dalam hidup aku. Jika tidak silap aku, aku adalah antara orang yang memberi komen paling banyak di dalam blog beliau. Aku banyak belajar dari perspektif beliau.Aku juga berkenalan dengan Pak Khalid( pengarah IKD), pak rastom yang romantis, komuniti jalan telawi. Antara web yang aku kerap baca adalah al-ahkam, ustaz hasrizal dan juga Jaringan Islam Liberal. Yang aku sebutkan semua ini adalah yang paling memberi kesan di dalam hidup aku.
Sebenarnya aku jarang membaca blog dan melompat-lompat blog. Aku ada masalah di dalam pembacaan, speed reading aku agak perlahan, dan aku cepat hilang focus. Berbanding dengan angka, aku agak bagus dalam hal ini.
Dan sebenarnya aku agak malu untuk mengatakan ini.Gaya aku masih seperti dulu.Hihihi..
KT sekali lagi membuktikan bahawa:
1. Rakyat hilang keyakinan kepada Najib
2. Rakyat mula inginkan majoriti antara pemerintah dan pembangkang tidak terlalu jauh
3. Rakyat mula menolak politik perkauman
4. Rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan BN yang dianggap korup dan kroni
5. Rakyat mahukan media lebih adil dalam menyiarkan berita
Secara subjektifnya, pemimpin perlu diajar supaya jangan lupakan dosa dan pahala.
Aku tidak dapat berkongsi duka dan suka dengan penduduk KT, walaupun diajak oleh beberapa orang teman( orang tua semuanya,hehe) sehari sebelum pengundian, aku ada hal pada hari sabtu. Hal yang beberapa kali aku tangguhkan kerana ada urusan lain. Nasib baik aku dapat hadir di tarikh yang paling akhir sekali. Dan sekali lagi teman, senyumanmu itu sangat manis dan aku rindu. Walaupun aku hanya sekadar curi-curi tengok wajahmu itu.ting tong....
p/s: aku menulis sambil mendengar lagi shake yer body by gerhana cinta, dah bertahun-tahun ghasanya tak dengar lagu ni, but i'm still feel the beat.
07/01/2009
dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ta'atilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (al-ahzab:33).10 Muharram 61 Hijrah tercatat pembunuhan Imam Hussien,cucu kesayangan Rasul saw. Sejarah mencatatkan peristiwa ini terjadi kerana penentangan Imam Hussien kepada beberapa sebab di antaranya sikap korupsi dan kezaliman oleh Khalifah Yazid. Kezaliman itu wajib ditentang, kebenaran itu pasti akan menang akhirnya.Semoga semangat ini sampai kepada rakyat dan petugas di Pilihanraya KT, semoga Allah bersama kalian, orang-orang yang benar.
04/01/2009
Setelah habis berprogram dengan adik-adik di ipta semalam sehari aku singgah di Mall sekejap untuk cari buku "Aku Terima Nikahnya" hadiah untuk seorang teman yang baru berkahwin baru-baru ini. Cari punya cari masih jugak tak jumpa. Belek-belek buku lain aku rasa tidak memenuhi cita rasa aku. Buku seorang teman,Bahruddin Bekri juga ada( Doa Untuk Teman), cuma ongkos tiada untuk aku beli. Mungkin bulan depan aku peruntukan sedikit ongkos untuk buku ini. Aku jarang membeli buku sebab selalu sahaja sengkek.Jadi kebanyakkannya aku hanya pinjam. Aku masih ingat betapa aku liat untuk memulangkan buku tulisan Amaluddin Darus yang aku pinjam semasa aku tingkatan 4 sehingga kawan aku pun terlupa yang dia ada buku itu.
Tebing Gaza bergolak kembali dan seperti biasa kecaman akan dilontarkan di sana sini. Cuma apa yang aku sedihkan kita masih teraba-raba dan masih mencari peranan kita sebagai seorang saudara kepada sahabat-sahabat kita di Palestin. Tebing Gaza di bom oleh Israel, dan HAMAS hanya mampu membalas dengan serangan roket. Dikala itu, kita masih berebut-rebut mat-mat surau dan minah-minah surau untuk dikadetkan untuk jemaah itu dan jemaah ini.