Sunday, April 25, 2010

Nota Untuk Isteri

Kadang kala aku bersemangat ingin menulis kadang kala tidak.Waktu-waktu bersemangat untuk menulis adalah semasa berkerja, jika perkara di dalam minda tidak dipindahkan ke bentuk tulisan dengan cepat,dan jika tunggu pulang ke rumah maka akibatnya langsung tiada tulisan yang dapat ditulis.

Oleh kerana aku melalui isteri aku untuk menyelesaikan tempahan hotel dan sebagainya,maka aku terpaksalah meminjam kata laluan email isteri aku, dan secara tidak langsung aku dapat log in secera keseluruhan bahan di dalam email tersebut.Pada pagi ini,I can not help myself to read the previous email in her inbox 3 and 4 years ago.Rasa nak menitit pula air mata bila membacanya dan terasa diri ini sangat kerdil. Don't get me worng, she is good wife and women that i ever seen and known. Segala puji dan puja untuk Allah kerana mempertemukan aku dengannya, segala aturannya tentu ada hikmah.Aku selalu membuatnya ketawa namun bukan sedikit aku membuatnya menangis, sungguh aku bukanlah insan yang terbaik untuknya. Penuh dengan dosa-dosa lalu, seorang yang terlalu berahsia, kadang-kadang membencikan,malah kadang-kadang too demanding.

Aku bukanlah sesiapa jika dibandingkan dengan sesiapa pun, ungkapan itu aku sering ucapkan padanya,tatkala sambil bergurau atau tatkala menitiskan air mata.Aku sendiri tidak mengetahui secara jelasa apa yang aku inginkan di dalam hidup ini,cita-citaku secara jelas.Mungkin aku seperti Will Hunting...mungkin aku juga seperti Santiago.

Untuk mu sayang,
Aku bukanlah yang terbaik.Minta maaf untuk setiap air mata yang engkau telah curahkan kerana diriku ini.Mungkin dirimu tidak perasan kerap kali usai solat aku terus mengusap-ngusap tapak tanganmu itu,kerana seolah-olah ia membawa kekuatan untukku,supaya diriku ini mengetahui bahawa rahmat Allah itu luas, kasih sayang-Nya juga melimpah ruah.

Terima kasih sayang untuk setiap kasih yang engkau berikan kepadaku,yang diriku tahu semuanya kerana Pecipta kita.

Thursday, April 22, 2010

Pesta itu dan ini

Pesta teh tarik, nasi lemak di Hulu S'gor esok

Saya mahu masyarakat sedar makanan itu adalah satu aspek warisan kita. Selalunya kita ambil mudah...kita lupa yang kita makan itu adalah warisan kita juga.

Jarang sangat aku buat begini, tetapi jika inilah Malaysia, semakin parah.Pembudayaan ini tidak perlulah dipaksa-paksakan supaya cocok dengan slogan-slogan tertentu.Rakyat akan nampak seperti diperbodoh-bodohkan.

Wednesday, April 21, 2010

PRK Hulu Selangor

Penduduk Sungai Mahu Isu Tanah Diselesaikan

Aku tidak mahu bersikap pukal dalam perkara tersebut, mungkin ianya adalah pandangan terpencil dan bersifat individu. Tetapi ia juga mungkin mewakili pendapat kita semua dalam beberapa hal secara tidak sedar.

Jika perkara ini dirungkaikan dan diberi huraian secara lebih besar maka kita dapat mengetahui bahawa masyarakat kini telah jauh mengejar material yang boleh jadi berbentuk wang,mahupun pangkat.Pangkat dan wang adalah dua perkara yang sinonim dan tidak dapat dipisahkan buat manusia yang mengimpikan dunia.

Sebagai warganegara yang mempunyai hak-haknya yang tersendiri,bukannya suatu masalah untuk membangkitkan dan mempersoalkan hak diri sendiri berupa harta dan jiwa itu,boleh,malah bangkitlah seribu masalah diri dan harta pun tetapi apabila kita tidak endah dengan perkara yang lain itulah yang menjadi masalahnya. Masyarakat Malaysia perlu melihat isu yang lebih luas lagi, isu keadilan di dalam masyarakat lokal, malah secara global.Masyarakat harus bijak, jangan kerana tanah sekangkang kera kita menjual sifat keadilan itu, dan memperbodohkan diri kita sendiri.

Aku tidaklah mahu mengatakan bahawa APCO itu ini,1Malaysia itu ini, tetapi sebagai masyarakat dan rakyat kita perlu diberi penerangan dan jawapan yang baik tentang isu ini.Sudah masanya kita tidak harus diperbodohkan oleh sesiapa.Dan yang paling malang kita digula-gulakan.

p/s: Aku sering bergurau, kematian wakil rakyat ini sebenarnya rahmat untuk penduduk setempat, setidak-tidaknya mereka meninggalkan sedikit jasa kepada rakyat yang diwakilinya.=P

Monday, April 19, 2010

Constipation

Kelmarin yang lepas aku membaca risalah yang dilemparkan(atau mungkin: diedar-edarkan) di rumah kakak aku di dalam Parlimen Hulu Selangor. Antaranya laporan yang didakwa palsu yang di keluarkan oleh Hospital Pusrawi. Saiful mendakwa beliau tidak boleh membuang air besar buat beberapa hari.

Constipation merupakan masalah membuang air besar atau kata melayunya sembelit.Ini diakibatkan oleh penyerapan air terlampau banyak oleh kolon atau kekurangan air di dalam badan.Tanya siapa sahaja yang pernah terkena sembelit tentu azabnya yang amat dasyat, perut terasa sakit yang amat sangat ingin membuang air besar, tetapi tersekat di bahagian Anus.Anda mungkin tercicit dan meraung-raung di dalam tandas baik dirumah atau di tandas awam tanpa rasa malu!!Rawatannya hanya laxatives dan enamas.

Hari ini aku mengambil kesempatan untuk menyelesaikan urusan peribadi diluar, bil-bil, serta mengemas dan membasuh pakaian di rumah.Sudah teruk keadaan rumah aku saat ini ditambah-tambah ketika aku dan isteri aku tiada di rumah ketika hujung minggu atas beberapa perkara. Jika mak atau mak mertua aku datang tentu sahaja mereka sedih dengan keadaan rumah aku ini ;).Aku MC hari ini kerana masalah constipation. Aku sudah mengambil cuti selama 2 hari, hari ini keadaan aku agak ok.Aku akui kadang-kadang aku terlupa untuk minum air selepas makan.Orang lain selalu tersulam dengan air apabila makan,aku pula boleh terlupa.

Antara perkara yang boleh mengelakkan Constipation ini ialah:
1. Banyakkan minum air
2. Banyakkan makan makanan yang mudah hadam, pisang sebagai contoh.
3. Banyakkan makan sayur
4.Kurangkan pengambilan daging.
5.Jangan tahan-tahan jika anda ingin membuang air besar. Paling kurang 2 hari sekali.

Moral of the story, jika selepas ini ada penceramah yang membuat lawak dan mengaitkan saiful bukhari dan constipation mungkin aku susah nak ketawa, kerana jika benar dia mengalami masalah constipation ketika membuat rawatan di Hospital Pusrawi,itu adalah tersangat malang bagi dirinya.

Sunday, April 18, 2010

Tag & Beautiful Blog Award from Azie

1. Thank and link the person that gave you the award
2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
-i dont have many blogger friends but i try to do it.
3. Contact each blog and let them know they won the award
- i try too.
4. State 7 things bout yourself
one) Struggling with minor OCD, always claims that myself is clean from this minor OCD problem but my wife insist. Typically have problem with door open and close always believe that door is not closed and locked properly. Habit to write something even not using a pen/pencil at anything,the word is repetitively. Strong believe there is germ in my exhalation, will sweep the pages of book due to this things during reading times.And several things that i can not state here.

two) I love reading but sometimes is boring activity.But i've to read because I am confusing.

three) I love my wife

four) I love mathematics but i don't like the way people treat it.

five)I love food and travel.And I've too.

six)I love physical activity.

seven) secretive



Minat....

Aku hanya menonton sekilas iklan mengenai rancangan Mentor, penah juga melihat sesi ujibakatnya di kaca tv beberapa minggu yang lalu. Menjadi kemusykilan aku, terlalu ramai yang ingin menyertainya atas alasan ingin mengubah nasib diri dan keluarga.Tidakkkah mereka terpikir bahawa tidak semua mereka yang berjaya menempatkan diri di dalam rancangan realiti tv ini benar-benar berjaya.Adakah kerana ingin mengubah nasib keluarga dan diri maka menempatkan diri di dalam rancangan realiti ini merupakan satu-satu jalan terakhir.Apakah minat dan kecenderungan meraka ini?Atau mereka ini di dalam pencarian minat mereka lantas mencuba nasib di rancangan berbentuk realiti ini sebagai menentukan arah minat mereka?Tidak adakah cara lain?.....(aku hanya bermonolog sendiri, aku juga seperti tidak tahu minat aku, namun aku berdoa sentiasa memilih yang terbaik pada pandangan Tuhan)

Kebetulan pulang bercuti di kampung,salah seorang jiran kembali ke rahmatullah,Aku menyampaikan takziah kepada anak beliau dan semoga mereka bersabar dan diberikan kekuatan dengan dugaan yang dihadapi. Walau ada cakap-cakap yang tidak elok mengenai keluarga ini, bukan menjadi tanggungjawap aku untuk menghukum. Masih banyak yang perlu diperlajari, dakwah itu suatu proses, dan ia adalah kehidupan. Mungkin pertama sekali bermula dengan bercakap perkara-perkara positif, jika tidak sekadar diam,itu sudah cukup.Moga Allah bantu.

Wednesday, April 14, 2010

Penulisan Politik

Sudah lama aku tidak menulis tentang politik, kerana soal dasarnya masih sama, tiada perkembangan. Namun aku tertarikdengan perkara yang dimainkan oleh pengarang utusan ini.


Percaturan 'tiga anak Ibrahim'
dipetik dari akhbar Utusan Malaysia

Ulasan mengenai artikel ini.
- Banyak yang bermain difikiran aku, siapakah pemuda PAS yang berbicara dengan penulis ini, dan mengapakah pemuda tersebut boleh berkongsi pendapat dengan penulis ini.Jika pemuda ini mengetahui bahawa penulis ini daripada Utusan,mengapakah pemuda masih sanggup berkongsi pendapat(lainlah jika pemuda ini ingin pendapatnya disiarkan).

- Siapakah pemimpin muda ini,mungkin hanya sekadar ketua lujnah taman?

-Berapa pengarang ini medapat wang dengan satu artikelnya?Ialah dengan maklumat dari seorang pemuda PAS dan analisa oleh Ahmad Masrizal Muhammad kerja ini mungkin agak sukar,hehe...

- Siapakah Ahmad Masrizal Muhammad,mengikut pengarang ini beliau merupakan seorang penganalisa politik. Mungkin Ahmad Masrizal Muhammad perlu menulis tentang dirinya di wikipedia.net agar mudah kita mencari identiti beliau.

-Lain-lainnya adalah isu yang dikitar semula.Amat membosankan politik tanah air,mungkin kerana gaya ulasan penulis-penulis politiknya baik dari pembangkang,mahupun kerajaan.Ya ampun...