Saturday, October 25, 2008

25/10/2008

daya penumpuan aku semasa membaca amatlah sekejap,mudah terganggu dan kesimpulannya adalah dan amatlah teruk(sila sesiapa ingin memberi tips boleh titipkan kpd aku ya). lalu aku berjalan-jalan dan mencapai majalah milenia di rak perpustakaan, artikel yg pertama aku baca adalah mengenai "student power" dan ilmu yg terkurung oleh wan ahmad fayhsal. aku tidaklah sgt mengenali beliau, tetapi boleh tinjau di blog beliau sosialis kanan(meski aku tidak bersetuju sepenuhnya tatkala beliau mengkritik betapa falsafah perlu diajari dan direncamkan di dlm gerakan islam (baca : usrah & tarbiyyah))

aku kira point utama artikel beliau adalah perlu ada perbezaan antara initipati ilmu dan maklumat oleh aktivis pelajar dan dakwah/daie.bolehlah dapatkan majalah milenia oktober 2008.

sekian.

Tuesday, October 21, 2008

22/10/2008

awak, terima kasih mengajar sy apa itu ketinggian budi dan apa itu kerendahan hati.

awak pun sama terima kasih kerana mengajar sy apa itu erti percaya.

pengharapan itu hanya pada tuhan, ya tuhan jgn biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri kerana kami percaya bahawa hanya engkaulah yg maha tahu yg terbaik utk hambamu ini.


jika tiada jodoh antara kita,apa yg awak akan buat?

sy akan pergi jauh-jauh hingga ke hujung hutan. bekerja utk hujan dan alam sekitar dan malamnya dipenuhi dengan aktiviti membaca. dan mati seorg diri.haha...


awak sy serius ni.

sy pulak main2.hehe..tp awak jika sy tiada atau tiada jodoh awak kena teruskan hidup.awak seorg yg sgt rasional terhadap hidup tetapi sy seorg yg memberikan segala-galanya utk cinta. hiduplah awak kerana agama ini.


kerana itu sy suka awak.

sy akan kawin muda jika awak mati dulu,hehe


hampeh!

hati aku amat tenang bila teringatkan diri kamu.biarpun tidak bertemu, rindu itu mendatangkan ketenangan di jiwa. peliknya bukanlah gelora di jiwa!


dengan izin tuhan, cukuplah hanya beberapa kali kita berjumpa melalui muhrim awak atau muhrim sy.


itu yg sy suka mengenai awak. walaupun jarak kita sgt dekat tapi awak tak pernah ambil kesempatan.awak boleh shj berjumpa sy semasa awak meninjau2 kawasan penginapan sy dan tempat kerja sy bg memastikan keselamatan jika sy kerja malam atau keluar subuh.

kamu ibarat bidadari yg tuhan turunkan kepada sy utk mengajar sy apa erti hidup.kamu berbicara menggunakan ayat-ayat tuhan.sungguh indah.

sy hanya seorg pemuda yg tidak punyai apa.

sy pun begitu.

tapi awak pemimpin, selalu hadir diri dgn forum-forum dan seminar. selalu menziarahi mufti-mufti dan alim ulama.

awak pun boleh berubah begitu.

adakah sy diterima?

perubahan dan hijrah itu adalah suatu proses.

awak,jgn tiru-tiru, jgn copy-copy word "proses" sy tu eh.

Monday, October 20, 2008

20/10/2008

sudah banyak tangisan yg ku berikan padamu. menangis tanpa lagu dan tanpa bersebab. tangisan yg sukar aku ungkapkan maksudnya. kadang kala ia mengiringi tidurku, terbawa-bawa sehingga mimpi, di dlm solatku. aku bukan angau, tetapi aku terharu di atas belas ehsanmu,jika aku takut menggelarkannya kasih sayang...................

assalamualikum,enta sehat?

waalaikumsalam, alhamdullilah ana sehat, enti?kerja macam mana?

alhamdullillah.okay semua.

sy rasa, sy tak sesuai dgn awak.

jika dunia aku itu hanya ada hitam putih,maka dunia kamu itu umpama pelangi.

mengapa awak tidak berterus terang dengan sy yg awaksudah menghafal hampir separuh Al-Quran?

awak, menghafal itu mudah tetapi mengekalkannya itu amat payah. Yg penting bukan berapa byk ayat yg dihafal tetapi berapa byk ayat yg kita amalkan.sy sengaja tak mahu beritahu kpd awak

aku sentiasa tersenyum bila teringatkan kamu, seperti seluruh nyawaku bergantung kpd nafas kamu.

awak, sy kenal ramai kawan yg pandai agama, sy kenal kawan yg hafiz al-quran, sy ada kawan yg menjadi doktor, sy ada kawan yg gajinya 3,4 kali lebih byk dr sy...awak mahu?

ye ke, tolong carikan sy yg hensom2, yg kaya-raya tau.(dia ketawa).

jika istilah jahat itu tidak wujud, maka mungkin nama aku ini sudah cukup diberi sempenanya.

sy tidaklah baik, ilmu agama tak cukup. dahulu sy sgt jahat. awak tak kenal sy dahulu.

yg penting kita looking forward. sy nak kenal dengan awak skrg, sy xpeduli dgn awak yg dahulu.kita sama2 berubah dan beramal.

jika jiwaku ini hadiah berharga, akan aku serahkan segalanya hanya untukmu.

kita sudah berjanji akan menyerahkan dan mewakafkan diri dan jiwa kita berdua pada agama ini.

semoga allah sentiasa merahmati.segala amal dan perlakuan kita di dunia ini moga jadi ibadah.

teman, jazakallah kerana kamu mengutip sy dari lembah kehinaan.

sy tak nak tahu berapa byk wanita yg sudah awak kenali, tetapi sbg org islam kamu harus menjaga batas-batas agama. mintak ampun pada Allah,bukan sy.

Pada agama ini aku menyerahkan segalanya,

awak,sebagai lelaki awak harus berani nyatakan dan suarakan keinginan hati awak. katakan bahawa sy ini calon diri awak.

tapi sy lemah dan terlampau rendah diri bila berhadapan dgn mereka-mereka itu. dgn mak awak haritu pun sy dok control-control shj

ingat awak lelaki!!sy sudah mulakan, skrg tugas awak!!

Pada setiap daerah di Palestin kita berazam utk berbakti, atas nama agama kita mengikat janji.

awak jgn lupa jaga diri,jaga mata tu sket.jgn pandang perempuan lain.

sy akan tundukkan mata...tetapi jika perempuan seksi itu lebih rendah dari sy dan sy akan mendongak jika dia lebih tinggi dari sy,haha...

awak, sy serius ni.

sy pula hampeh.

Sunday, October 12, 2008

12/10/2008


Karl Marx melihat hanya faktor ekonomi sebagai satu-satunya kuasa tunggal yg menyebabkan ketidaksamaan sosial dlm suatu masyarakat.Meski Randall collins tidak bersetuju mengenai ini tetapi berpendapat anggota-anggota kelas ekonomi akan cuba mendapatkan pengaruh orang politik dlm mempertahankan status quo dan kedudukan sekali gus mempengaruhi pengagihan pendapatan dan kekayaan dlm masyarakat. Perebutan mendapatkan kuasa bertitik dari punca utama keinginan utk memonopoli dlm bidang ekonomi.

Hujah Plato mungkin ada benarnya, ketidaksamarataan sosial di dlm masyarakat adalah lumrah dan fitrah,hujah yg sama dibawa oleh Neitzsche. Bebersamaan dlm hirarki sosial masyarakat adalah sesuatu yg dianggap sesuatu yg ideal dan mustahil utk diterjemahkan dlm bentuk konteks. Aristtotle pula menekankan bahawa meski ketidaksamaan itu fitrah tetapi kehidupan berteraskan akhlak yg baik serta berpengetahuan amat penting.Untuk mencapai keadilan, 2 jenis layanan kesamaan sosial dlm masyarakat perlu dititik beratkan.pertamanya layanan kesamaan berbanding(proportionate equality) ygt menuntut supaya pengagihan sesuatu sumber itu dibuat berdasarkan byk mana sumbangan seseorg warganegara kpd masyarakat. keduanya layanan kesamaan bilangan (numerical equality) yg menuntut supaya sesuatu sumber umum bg kebajikan seluruh org awam diagihkan secara sama byk kpd masyarakat kebanyakkan.

Walaupun aku sgt tidak bersetuju dengan pandangan Karl Marx bahawa segala ketidaksamaan dlm masyarakat akan sendirinya terhapus dgn penghapusan sistem pemilikan persendirian tetapi ada titik-titik tertentu yang punyai kebenarannya.sistem pendidikan dan juga sumber-sumber bumi perlu disamaratakan pembahagiannya kpd masyarakat. adalah amat tidak adil untuk membebankan pelajar-pelajar dan penuntut-penuntut dengan kos pembelajaran yg sepatutnya menjadi suatu keperluan kpd kerajaan/ulik amri untuk menyediakannya. Begitu juga dengan sumber bumi dan perkara asas yg sepatutnya menjadi suatu hidangan satu meja oleh masyarakat umum tanpa mengira pangkat dan harta.Sistem kapitalis dgn jalan penswastaan amatlah tidak bertepatan dgn prinsip ini, amat mustahil kapitalis dpt menyediakan perkara asas dan pendidikan secara maksima tanpa memikirkan keuntungan kerana perniagaan bukan kebajikan!

Namun kekayaan persendirian,harta, agama,akal dan sebagainya tetap akan menjadi wilayah individu yg terpegang oleh prinsip makasid al-syariah.Perniagaan persendirian/swasta perlu jauh drpd campur tangan kerajaan seperti yg ditunjukkan oleh teladan abdul rahman bin auf sewaktu mula-mula berhijrah ke madinah.Manakala keperluan umum masyarakat perlu dijamin oleh kerajaan dan juga anggota masyarakat kerana dituntut oleh agama(al-dhoman al-ijtima'i).

Ketidaksamaan dlm sistem sosial hanya dpt diimbang oleh pemerintah yg adil,berkelayakan dan beriman

dan allah telah berjanji kpd org-org beriman anatara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi(surah an-nur 55)

serta masyarakat yg mendokong sistem keadilan itu dgn erti faham.

dan org-org yg beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bg setengahnya yg lain,mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang drpd berbuat kejahatan (Taubah: 71)


Saturday, October 11, 2008

11/10/2008

ayat-ayat cinta

aku bukanlah tahu sgt pasal filem-filem ini. masa terluang di mlm jumaat aku habiskan dgn menonton filem ayat-ayat cinta. novelnya masih lagi disimpan pemberian dari seorg teman, baru aku baca 2 mukasurat. terus terang, aku tidaklah teruja sgt menonton filem itu, biasa-biasa aja perasaan aku.tetapi aku amat tertarik sgt dengan lagu ayat-ayat cinta nanyian rossa, melodi dan liriknya amat memberansangkan.berani aku katakan, melodi dan lirik lagu itu tergiang-giang di dlm solat aku!ya, walupun seakan agak melucukan ayat " pemikiran hati" itu.

ROSSA - AYAT-AYAT CINTA
Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Ketika ku bersujud.

buat teman, aku bukan siapa-siapa. maafkan bila ku tak sempurna dan selama-lamanya tidak pernah sempurna.ana asif.


apa hukumnya ya??

terkadang-kadang aku terpikir ketika menjamah makanan yg sedap2, ketupat dan rendang ayam,nasik putih berlaukkan ayam goreng dan tempe goreng masak pedas, menikmati teh 'o ais kurang manis di waktu panas ketika saudara-saudaraku diserata malaysia dan dunia tidak menikmati makanan yg sebegitu, tiada ayam goreng dan sambal tempe, tiada teh 'o ais kurang manis. yg ada jika bernasib baik nasi putih berlaukkan ikan masin, atau mungkin lebih teruk dari itu dibawah khemah atau rumah yg atapnya bocor dan dindingya reput dimamah usia.berdosakah aku jika aku tetap juga menjamah makanan aku itu?ketika aku memakai pakaian yg elok jahitannya dan tiada tampalan koyak padanya sedangkan ada saudara-saudara aku tidak punyai pakaian langsung.apakah tuhan akan tanya perbuatan aku itu di akhirat nanti?

dan aku selalu bertanya dan tertanya, mengapakah rasul saw cinta kita itu menjamah sekadar tamar sewaktu berbuka dan bersahur.dan mengapa rasul saw memakai pakaian yg terdapat tampalan padanya?

Wednesday, October 08, 2008

09/10/2008

kaum sosialis bersorak gempita, baca tulisan bro isham disini. sistem ekonomi yg di rencanakan oleh kaum kapitalis telah menuju kemusnahan. kadang-kadang aku berfikir adakah liberal menggalakkan kapitalis? boleh shj dikatakan bahawa semua org mempunyai wilayah individunya sendiri tetapi tiada hukuman yang dikenakan ke atas kapitalis yang merosakkan sistem ekonomi kerana tiada undang-undang di situ yg membenarkannya.muflis?tetapi bagaimana org-org yg miskin yg terkena tempiasnya? syed hussien altas dlm mengulas mengenai sosialis ini walaupun sosialis and islam saling incompatible antara satu sama lain namun ada sisi sosialis yg cocok dengan islam. jadinya sisi sosialis itu diperlukan sebagai alat analitikal bg bekerja ke arah kemurnian sistem kehidupan manusia ini.

tetapi baca juga artikel di wau bebas.boleh shj bersetuju atau tidak. kerana macam biasa pada akhirnya rakyat marhean yg terkena tempiasnya.

tiada kemusnahan melampau kecuali yang yang dilakukakan oleh org yg tamak dan haloba.


(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. (ayat 27 al-baqarah)

Tuesday, October 07, 2008

07/10/2008



Sebenarnya aku amat teruja membaca komen pak rastom ke atas posting oleh bumi langit ini

aku juga amat teruja membaca kisah penuh syahwat oleh pak khalid di sini
. aku sangat teruja oleh ketiga-tiga ini,posting oleh pak khalid, bumi langit dan juga komen ke atas posting bumi langit oleh pak rastom, sgt teruja sehingga aku menulis di sini.ini semua mengingatkan aku kembali kpd semangat aku sewaktu belasan tahun dahulu.

Sunday, October 05, 2008

04/10/2008

4 oktober 2008

taqaballah huminna wa minkum...

abah

Syawal disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran setelah sebulan jiwa dilatih supaya tidak tunduk kepada hawa nafsu dan juga pengharapan supaya 11 bulan yg mendatang ini jiwa kekal dlm semangat ramadhon. Aku menziarah kubur arwah abah, meski aku tidak berapa mengenali arwah abah namun aku suka mendengar cerita mengenai arwah abah drpd org ramai. aku juga membaca satu drpd diari-diari abah yg dijumpai dan masih berada disimpanan. Diari abah bercerita mengenai jadual usrah dan mesyuarat yg abah akan hadir pada tahun 1987, abah bukan siapa-siapa, abah org biasa tetapi abah begitu komited dengan apa yg abah lakukan. abah menghayati betul-betul dengan apa yg berada di hadapannya. Yang di depan mata dipeluk erat dan yang akan datang dirancangnya betul-betul.abah memang perahsia atau mungkin kerana tidak banyak cakap kerana kerap benar apa yg abah tulis dlm diari emak tak pernah bercerita mengenainya. malah anak-anak abah pun selalu bercerita mengenai perkara yg berbeza mengenai abah.

“yang laki-laki jom solat maghrib dulu di surau” ajak Angah semasa menziarahi saudara sempena hari raya. Yang lain pantas membontoti, Angah mewarisi semangat kepimpinan keluarga yang berada di dlm diri abah. solat berjamaah bukanlah suatu amalan dlm keluarga kami.

“ kalo nak betul-betul,baik cakap kita boleh melawat keluarga dia raya kelima ni, masa abg tengah ada duit ni, masa abg sengkek takde lah ” abg pula mewarisi sifat pemurah dan ramah mesranya.

anak lelaki ketiganya mewarisi sifat sensitif dan penyayang abah.

aku pula....

kami berbeza pendapat, selalu juga tersinggung, bergaduh. yang perempuan pula tak dengar cakap, malah pernah derhaka kepada abah dan emak, lari dari rumah, meski abah dahulunya menghantar anak-anak perempuan ke institusi pondok bagi memisahkan kejahilan wanita-wanita di zaman tersebut dengan anak-anaknya.

tetapi walau apa pun, kata abah, kita tetap sekeluarga. perlu sayang menyanyangi, maksiat yang dilakukan perlu dibenci tetapi perasaan sayang adik beradik mesti ada.

abah biasa-biasa aja, tiada yg istimewa dari pandangan masyarakat. semoga Allah sayang dan mengasihi abah seperti abah mengasihi kami dahulu.

maaf zahir batin.