26/02/2009
Akibat sampingan daripada PPSMI
Nilai-Nilai Bahasa
Di saat meminum secawan kopi aku memikir-mikir apa yang harus aku coretkan
3 Pemuda Umno, eh silap 2 dah tua, sorang sahaja pada aku masih muda. KJ jika body languange-nya tidak kelihatan angkuh dan samseng mungkin akan dipuja oleh para pemuda, dilihat lebih diplomasi, idea yang jelas tetapi kelihatan gopoh. Dari segi idea aku lebih menyukai KJ dari yang lain. Mukhriz harus bijak, jika tidak pun harus kelihatan lebih bijak kerana beliau mempunyai personaliti yang cukup disenangi di dalam kaca TV.Tetapi kebanyakkan jawapannya tidak matang dan tidak mewakili kaum pemuda. KJ lebih bijak membaca pikiran pemuda di Malaysia.
Rihanna yang bernaung di bawah label Def Jam Recordings mengadakan konsert di Malaysia tetapi ditunda pada tarikh yang belum ditetapkan. Def Jam Recordings merupakan subsidari Universal Music yang berpangkalan di USA yang merupakan sekutu kuat Israel.Aku tak mahu bercakap soal pemboikotan ini, tetapi aku sangat tertarik bagaimana Def Jam Recodings ini ditubuhkan. Dan siapa itu Rick Rubin dan Russel simpson. Bagaimana industri hiburan di US betul-betul menjadi industri sangat mengagumkan aku.
Dengan kepadatan penduduk ke-6 tertinggi di dunia 1.5 juta dengan hanya keluasan 316KM persegi sudah cukup menyesakkan rakyat Tebing Gaza. Ibarat mendiami kawasan yang dipagari apabila 3 pintu masuk melalui Israel dan 1 melalui Mesir dan juga perairan yang dikawal ketat oleh Israel membuatkan bantuan sangat susah untuk sampai kepada penduduk Tebing Gaza. Nelayan hanya dibenarkan menangkap ikan di radius yang kecil,penduduk Palestin walaupun mempunyai tanah yang kecil tetapi amat suka bertani.
It's really funny to read here(Forum Utusan). Did they(BN) learnt from mistake before?
Ini tiada kaitan dengan masalah di Perak, Ini cuma Grammy Award.
Bangkit-bangkit sahaja dari demam selsema aku terkejut( dikejutkan) dengan kekecohan pentadbiran Negeri Perak. Baru sahaja aku mengirimkan wang bahagian untuk ibu mengadakan kenduri bacaan Yasin aktiviti PAS ditempat aku. Aku sebenarnya dari dahulu lagi tidak menyokong sebarang usaha lompat parti meski ia halal tetapi pada aku tiada nilai integriti. Pemimpin wajib ada nilai-nilai yang baik dan sepatutnya terbaik dikalangan rakyat. Jika BN dipilih rakyat maka biarlah BN yang memerintah, jadilah pembangkang yang kuat dan berkesan. Fokuslah kepada pembangunan insan dan material di negeri-negeri yang dimenangi. Aku yakin banyak lagi kerja yang belum diselesaikan selain dari memikirkan rancangan untuk topple kerajaan 16 sept, cuba berpikir diluar kotak dan InsyaAllah kerajaan yang baik akan dapat ditunjukkan.