28/11/2006
"Always know if the juice is worth the squeeze"
seriously it's really2 relief...to make sure something that we really2 wanna know and curios about. for the future, never seen never.
On another hand,too many thing that i had been missed half end of this year n i wont miss it again.
ku serahkan hidup ini,
semoga citaku ini bertuju,
semoga peluh ini membasah,
semoga usahaku ini berbuah,
semoga rinduku ini bertempat,
semoga cintaku ini berlabuh,
semoga keroncongnya enak,
semoga jogetnya rancak,
semoga zapinnya bertingkah,
melodi kehidupan,
bergelora tetap berseni.
apabila aku menyelak2 akhbar parti hijau terbaca mengenai petikan temuramah antara Thomas Fuller dr International Herald Tribune. antaranya: Tidakkah anda (TDM) terfikir untuk berehat sambil membaca novel John Grisham di tepi pantai atau bermain dengan cucu? aku terfikir adakah org sebijak TDM ini akan melemahkan mindanya dgn membaca novel-novel John Grisham yg di Malaysia ini setaraf novel-novel HM Tuah. Tetapi mungkin si Thomas ini hendak memerli. Teringat aku salah satu antara novel-novel John Grisham adalah The Broker. Arthur Morgan selepas menjadi Presiden US pergi tinggal di Alaska, dan menolak untuk campur tgn dalam politik lagi. Mungkin TDM patut ke Langkawi dan tinggal shj di sana diam2. namun dalam drama masa kini siapakah yg menjadi Critz si lobbyist??
p/s: aku kesian dekat die hard fun sesetengah penyokong, ada yg sampai taknak tengok berita sebab berita siarkan sesetengah perhimpunan yg mereka tidak sukai. atau kadang2 ada yg meludah bila melihat siaran sesetengah pemimpin. tetapi alangkah lagi kesian apabila penyokong2 ini mengharapkan se-coret pangkah mereka setimpal sebuah syurga.
Pilihan Album
seriously, the new album my chemical romance band "the black parade"boleh tahan, tak rugi beli. cuma 1st time dengar band gothic ni mesti ada yg ckp ada ala2 Greenday+ Jimmy Eat World.
note shah:
aku sebenarnya hendak tergelak besar bila menonton bicara siswa di TV 1 minggu yang lepas,tajuk "mahasiswa tanpa budaya intelek". YDP jika tidak silap dari KUIS dan UKM. Dari UKM tu sampai kena tegur dgn pengantara sebab baca teks. nak cakap tak sedia, siap bawak ber inci2 kertas.siap jadi bahan ketawa penonton lagi.Sebenarnya aku mudah bosan bila mendengar perkara berulang2 banyak kali ~ aku agak sengkek duit skrg.mak aku pun macam xnak hulur2 duit pd aku, utk mencari kerja cuti tak sampai sebulan. nak keje di kilang bata, aku dah maki hamun supervisor tu, takut dia ingat lagi muka aku. memang agak teruk kerja di kilang bata, tetapi secara jujur aku amat seronok sekali kerana di sana aku belajar menerima makian, cacian dan carutan. dan aku hanya membalas dengan senyuman. bayangkan utk 500 biji bata yang anda susun hanyalah utk RM2.utk sehari aku susun 5000 biji bata. dan yang paling seronok menerima jelingan tajam cikgu2 sekolah (kilang aku depan sekolah) kerana di anggap mat pet." pak mat, malam2 jaga betul2 ye, takut ada besi kat sekolah kita yg hilang,"pesan mereka kpd jaga sekolah~
muka budak jahat ke???